Nuffnang

Tuesday, July 1, 2014

ADUN SRI MUDA BUAT U TURN SOKONG TAN SRI KHALID IBRAHIM PULA

ITU HARI ADUN SRI MUDA DESAK AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR .. HARI INI DI JAJA SATU DUNIA CEK RM30,000 SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI UNTUK SJKC KHEE BENG!!!!



1hb Julai 2014.

"Ini pula sumbangan kerajaan negeri kepada SJKC Khee Beng, juga berjumlah RM30000 bagi tahun ini. Semoga ia dapat dimanafaatkan sepenuh nya untuk kebaikan pelajar."

27 hb Jun 2014: 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.


Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.


“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.


“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.


Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.


“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.


“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung