"Gagal Melepasi Longkang Membawa Ajal Kepada Penjawat Awam Ini Al-Fatihah "
Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.
Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar. Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment