Nuffnang

Monday, July 7, 2014

David Orok hina islam,Apa Kata KDN , jangan diam Saja


David Orok hina islam,KDN jangan diam sahaja

KUALA LUMPUR – “Siapa David Orok yang berani menghina agama Islam dalam laman sosial Facebook miliknya? Apakah dia sedar apa setiap kenyataan yang dibuat itu boleh menimbulkan kemarahan rakyat beragama Islam di dunia ini?
“Perbuatannya yang boleh anggap melampau itu perlu diambil tindakan sewajarnya kerana dia tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur cacian terhadap agama Islam apa lagi menyentuh keperibadian Nabi Muhamad S.A.W,”.

Demikian tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar yang disiarkan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Jelas Jamawi, David yang merupakan Ketua Bahagian parti STAR Tuaran dan juga calon STAR N10 Sulaman, Sarawak.

“Perangai David tak ubah seperti orang yang tidak tahu cara hidup bermasyarakat sehingga sanggup membuat kenyataan menghina agama Islam.

“Di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, David seharusnya tahu bagaimana hendak mewujudkan perasaan saling menghormati agama antara satu sama lain,” katanya.
Jelasnya lagi, komen David yang begitu berani menghina agama Islam amat keterlaluan dan boleh menimbulkan kemarahan umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Ekoran kenyataan yang dibuat, banyak laporan polis telah dibuat oleh rakyat beragama Islam di negara ini.

“Sehubungan itu, kami mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan ke atas lelaki ini yang tidak boleh dimaafkan perbuatannya,” katanya.

Tambah Jamawi, kebiadaban David tidak boleh dipandang remeh kerana ia telah menyentuh sensiviti umat Islam di seluruh dunia. – MalaysiaGazette
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

1 comments

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung