Nuffnang

Sunday, July 6, 2014

PAS SELANGOR MASIH BERSAMA DAN TETAP MENYOKONG TSKI SEBAGAI MB SELANGOR


PAS SELANGOR MASIH BERSAMA DAN TETAP MENYOKONG TSKI SEBAGAI MB SELANGOR IKRAR PESURUHJAYA PAS SELANGOR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD.



Sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali menggesa supaya jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor digugurkan dianggap sebagai kehabisan idea.

Sambil menyifatkan ia tidak relevan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata Abdul Khalid juga dilihat seperti dijadikan mangsa dalam semua masalah di Selangor seakan segalanya berpunca daripada beliau.

“Macam sudah habis idea sangat sampai bila timbul masalah sahaja, perlu tukar menteri besar, ini tidak relevan.

“Daripada sekecil-kecil masalah, sampaisebesar-besar masalah, semuanya mahu salahkan Abdul Khalid. Tak bolehlah begitu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Kenyataan Iskandar itu senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini yang turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang melahirkan hasrat supaya Abdul Khalid berundur sebagai menteri besar terutama selepas beliau tewas dalam pemilihan parti.

Pada masa, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar berpendirian untuk terus menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun ramai yang mendesaknya supaya melepaskan jawatan nombor satu negeri itu.

Beliau berkata, PAS Selangor masih bersama dan tetap menyokong penuh Abdul Khalid.

“Bagi kami sebarang masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri masih boleh diselesaikan, bukan dengan cara tukar menteri besar. Lebih baik masa yang kita ada ini digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung