Nuffnang

Sunday, July 6, 2014

Shah X-Factor, isteri nyaris kemalangan ditimpa bongkah besi


Shah X-Factor, isteri nyaris kemalangan ditimpa bongkah besi


ANGGOTA kumpulan X-Factor, Irwan Shah Azhar atau lebih dikenali sebagai Shah menempuh detik mencemaskan apabila nyaris kemalangan, Selasa lalu.
Ketika kejadian jam 1.45 pagi itu, Shah berada dalam kereta yang dipandu isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Perdana.
Bagaimanapun ketika melalui jalan berhampiran Hotel Eastin, muatan yang berada dalam sebuah lori di hadapan kereta Shah tiba-tiba terjatuh ke atas jalan.
Muatan itu dipercayai bongkah besi pailing yang digunakan untuk projek pembinaan.
Mujurlah, isteri Shah sempat menekan brek kecemasan meskipun kereta mereka dikatakan hanya seinci hampir berlanggar dengan bongkah muatan tersebut.
Menurut Shah terdapat marshal yang mengiringi lori tersebut namun ia dilihat tidak berfungsi apa-apa hingga kejadian tersebut nyaris membahayakan orang awam seperti mereka.
Susulan itu Shah telah membuat satu laporan polis berkaitan hal ini keesokan harinya. #mynewshub
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

0 comments

1 comment:

Anonymous said...

Penat je buat laporan polis...kalau main dng rasuah..apa pun tak ada tindakan!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung