Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, September 2, 2014

Afdlin: Kita Ada Kuasa Boikot Produk Israel

AfdlinKUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu memboikot semua produk yang menyumbang kepada zionis Israel.
Menurutnya, semua orang berkuasa memboikot dengan wang ringgit yang dimiliki.
“Kanak-kanak di Gaza terus dibunuh. Apa yang kita boleh buat? Boikot. Kita ada kuasa. Dengan wang itu membawa kita ke syurga atau neraka.
“Boikot segala produk yang berkaitan dengan zionis Israel,” katanya ketika berucap pada himpunan aman ‘Selamatkan Kanak-kanak Gaza’ di Dataran Merdeka, hari ini.
Beliau turut mengingatkan ribuan peserta himpunan aman berkenaan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan.
“Kita nak bagi duit kita itu untuk beli senjata ke?
“Kita ada pilihan. Mungkin kita sudah terbiasa tapi kita boleh buat. Boikot semua barang yang membunuh kanak-kanak di Gaza,” katanya.
Beliau meminta agar semua peserta himpunan menyemak kembali barangan-barangan yang dimiliki di rumah masing-masing.
“Balik nanti tengok barangan di rumah kita. Memang susah tapi kita boleh. Tukar barang lain. Cari orang Malaysia yang boleh buat mee dan coklat.
“Sampailah syarikat-syarikat itu membuat keputusan untuk berhenti menyokong Israel,” katanya.
Lebih sepuluh ribu peserta himpunan membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 2 petang sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada himpunan tersebut.
Selain Afdlin, turut hadir penyanyi, Ela dan Faizal Tahir.-sina
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung