Nuffnang

Tuesday, September 2, 2014

Ketua Pemuda PAS Cabar Menteri Dalam Negeri Jumpa di Mahkamah


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berikrar untuk membawa ke mahkamah sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap kor sukarelawan Unit Amal PAS.

Suhaizan berkata demikian dalam reaksinya terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini berkata beliau "yakin" polis akan bertindak terhadap Unit Amal.

Ini berikutan penahanan 156 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.

Ketika ditanya Malaysiakini apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anggota Unit Amal PAS ditahan, Suhaizan (kiri) berkata: "Kita jumpa mereka di mahkamah".

Suhaizan menjelaskan bahawa  unit kebajikan itu ditubuhkan di bawah Pemuda PAS, di bawah senarai aktiviti parti.

Oleh itu, katanya, beliau tidak faham mengapa tindakan hendak diambil terhadap Unit Amal tersebut.

Zahid telah dilaporkan berkata bahawa tindakan yang sama  yang diambil terhadap anggota PPS, juga akan diambil oleh pihak polis terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama akan diambil oleh pihak polis. Saya amat pasti mereka akan mengambil tindakan," Zahid memberitahu wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal.

Unit Amal telah beroperasi selama beberapa dekad dan telah membantu mengawal orang ramai semasa protes parti pembangkang dan juga dalam acara-acara kemasyarakatan PAS.

Ditubuhkan pada tahun 1991, ia mempunyai kira-kira 3,000 anggota yang berusia lebih 18 tahun yang menerima latihan daripada pemimpin dalam kalangan sendiri, termasuk guru dan bekas tentera.

Sementara itu, Ketua Unit Amal, Juhari Othman berkata unit itu akan mengadakan mesyuarat sebelum menyatakan sebarang reaksi terhadap kenyataan Zahid itu.

5 comments:

Anonymous said...

dap teruk digasak bn...so sbg balaci pkr...ketua pemuda ni diarah utk mencabar polis utk mengalih asakan bn....masa tghh dan msu digasak...xder la galak camni...pelik...mungkin sbb nama dah tercalar sbg macai dlm lajnah pkr...so kene bina balik kredibiliti...tu sbb kita tgk kolid dan husam pun dok tgh meraban tulis artikel utk membina balik kredibiliti mereka...tgkla nanti...giliran ahmad awang plak mengeluarkan kenyataan utk membuang arang dimuka. Ini semua psyop pkr...toksah org pas mudah cair.

Anonymous said...

Kalau dengan dap, penakut macam tikus... dok eram teloq. Bila melayu buka mulut, bukan main lagi tunjuk berani... itulah pas yang kita kenal!!!!

Anonymous said...

ini bkn pas...lajnah pkr dlm pas...harap dpt bezakan

Anonymous said...

Mujurlah umno mempunyai menteri bengap macam zahid tu... selamat sikit DAP yang sedang berjuang seorang untuk selamatkan pps. Datang Zahid bongok, libatkan pas (sabotaj kerajaan dan PDRM), maka legalah sikit DAP dapat rakan senasib. PAS pun umpama seorang panglima terus cabar dan garang terhadap zahid... macam nak ajak perang lakunya... tapi kalau dengan cina DAPig, bukan main penakut lagi ha ha ha!!!

Anonymous said...

podah lah ente KP PAS ente akan buat U turn bila masuk mahkamah nanti dan mohon ampun sama zahid , ana tau ente bukan berani pun dengan anuar jubo pun ente takut, mat sabun pun ente takut , apa cerita ni ente? berapa DAP bayar ente utk belakon jadi Hero DAP ni ,agak2 sama mcm ana tak RM15k sebulan?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung