Nuffnang

Saturday, September 13, 2014

KERTAS PEPERIKSAAN UPSR BOCOR .. PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN DI GANTUNG TUGASNYA SERTA MERTA.


KERTAS PEPERIKSAAN UPSR BOCOR .. PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN DI GANTUNG TUGASNYA SERTA MERTA.



VIENTIANE - LAOS. [DIKEMASKINI] Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September.

Muhyiddin berkata, siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. 

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa mentri pelajaran tak digantung sama???? Kalau dinegara barat mentri lah orang pertama meletak jawatan. Jangan ingat kita saja yang berkebolehan, banyak lagi yang bijak dari mentri tetapi tiada peluang langsung kerana dah dimonopoli oleh anak anak bekas mentri. Malaysia hanya diperintah oleh UMNO yang bijak songlap kekayaan negera. Apa rakyat dapat, rata rata orang politik dari UMNO kaya raya, boleh siasat. Kenapa kah politikus dari parti lain tak ada peluang nak takbir negara, mungkin lebih baik dari UMNO-BN. Ini ashik nak menipu saja untuk berkuasa, semua agensi kerajaan diguna pakai untuk kepentingan UMNO-BN. Ini bukan nak mengata tetapi fakta, cuba kita renungi dan hayati siaran TV, semua membodek UMNO-BN tak pernah ada berita tentang keburukan sedangkan dialam nyata banyak yang tak betul. Hentam pembangkang yang tiada ruang untuk membidas di TV. Ini yang dikata demokaritik ala UMNO, sendiri yang buat jahat mengata orang yang buat. Kami mahu ruang yang sama patut di nikamati oleh semua parti baru rakyat boleh buat pernilaian. Rakyat ada hak untuk mendengar kedua belah pihak. Jangan ashik makan telor saja benda lain tak boleh makan, janji yang dimakan itu benda halal. ALLAH akan menglaknati orang orang yang zalim, kalau tak sekarang tentu srlapas mati.

Anonymous said...

kalu kat jepun, india, thailand, singapork, filipin, korea, vietnam, brunei, hongkong, china, rusia, usa, laos, kiampuchia, negara2 eropah, ostolia, new zealand, pakistan dan negara2 yang rakyatnya makan babi serta minum beer - menteri pelajaran mereka dah letak jawatan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung