Nuffnang

Monday, September 22, 2014

PKR TIDAK PERNAH MENAMAKAN AZMIN ALI SEBAGAI CALON PILIHAN KEDUA SEBAGAI MB SELANGOR.


PKR TIDAK PERNAH MENAMAKAN AZMIN ALI SEBAGAI CALON PILIHAN KEDUA SEBAGAI MB SELANGOR.



PKR tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.

"Menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, saya menegaskan bahawa PKR berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

"Oleh demikian, calon PKR bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah iaitu Dr Wan Azizah, presiden PKR merangkap Adun Kajang," katanya  dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saifuddin dalam pada itu menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah mendapat persetujuan lisan daripada Anwar dan PKR untuk menggalas tugas itu.

Nama Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad disebut-sebut sebagai calon yang bakal  mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15.

Bagaimanapun, muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin, Iskandar yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun  Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya esok (Isnin) bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.

5 comments:

XUMNO said...

Menghairankan!! Sebuah parti tidak bersetuju Timbalan Presidennya jadi MB walaupun Presiden Parti itu tidak mungkin dipilih oleh Sultan ke jawatan tersebut. Jadi apa sebenarnya PKR mahu?? Nak paksa Sultan terima bulat2 cadangan PKR? Perangai macam inilah yang menyebabkan Pas tak mahu layan. Macam budak degil dan keras kepala.Atau ada rahsia besar yang menyebabkan Azmin dicurigai oleh partinya sendiri!!

Ridd said...

Persidangan PAS 2014 yang tiada isi yang baik dan tiada arah hala tuju parti yg boleh memberi pedoman atau dikongsikan bersama rakyat. sebab semua berdiri teguh belakang Presiden takda disebelah atau di baris hadapan..... senang nak KUTUK kut. memang wajar pun.
Persidangan PAS 2014 kali ini yang boleh dikongsikan "MEMBAWA UMMAH KENA BOOOOOO BARUA"

Buat PKR & DAP baik buat keputusan untuk tidak bersama dengan PAS demi kebaikkan PARTI.yang pasti MB baru di Selangor akan di umum minggu depan. sebelum keadaan bertambah teruk baik buat keputusan. Kawan orang Selangor pun dah bosan dengan benda2 seperti ini. Jangan salah kan YB kami Adun Morib. apa yang beliau lakukan atas dasar hormat, sepakat dan setiakawan. Kawan sarankan pada Adun Morib & Adun Hulu Klang buat keputusan, kalau keluar dari PAS bukan jatuh hukum anak derhaka pun. jikalau mak bapak sendiri kawan sarankan TAAT lah. Tapi mereka ni tak perlulah takda apa dosa pun yang jatuh pada YB. masyarakat boleh kata beliau adalah ulamak sekali pun, tapi beliau takda kuasa nak hukum YB. kalau beliau jatuh hukum jugak pada YB makna PAS sudah mewujudkan ketua yang boleh hukum hamba Allah. {pikior sendiri le yop}. Terus perjuangan kamu YB Adun MORIB & Adun Hulu klang.

Yang Ustaz jenis kena beli di Malaysia adalah Ustaz2 Pas yang dah masuk UMNO sepertimana yang pernah berlaku sebelum ni. Itu MAMAT SERBAN yang berselindung disebalik agama, janji fulus masuuk. Masyarakat nak jadi apa bukan masalah dia. beliau mengharapkan akan berlaku sama seperti DSAI semasa zaman Tun Mahathir tapi populasi beliau dari pandang masyarakat amat teruk. Pencaturan zaman yang salah tapi tetap tidak mengalah masih menyusun.

Jawatan MB selangor adalah jalan balas dendam pertama beliau berdua, walaupun masih memikirkan cara untuk kembali dan diterima masyarakat. kesian 2 BARUA ni..1 bekas dan lagi 1 masih status ahli tapi berkerjasama dengan UMNO. harap sampai bila pun Masyarakat Malaysia jangan percaya dengan manusia seperti ni.

UG ni khadam yg anggap kumpulannay paling bahaya tapi masih buta dalam pencaturan politik hari ini. kalau jadi pencuri, UG ni kumpulan penyamun yang samun dikhalayak ramai. lepas tu beli jaket hitam bagi rakan2 PENYAMUN yg lebih 50 oragng pakai sambil untuk beritahu pada masyarakat UG adalah penyamun untuk KRONI dan ayat yang tertulis di jaket Doa Booooo BARUA BARUA....Amiiiiin.

Anonymous said...

Sudahlah PKR.jangan jadi seperti Hj Hadi di cemuh segenap lapisan.Restulah sekiranya Azmin di pilih jadi MB Selangor.Mengapa begitu kusut dengan masalah ini.sedarlah PKR .nanti yang di kejar tak dapat yang di kendung bertaburan.jangan ada sikap dengki dan dendam sesama sendiri.biarlah Pas sahaja yang buat masaalah

Putra IJ80 said...

"PKR TIDAK PERNAH MENAMAKAN AZMIN ALI SEBAGAI CALON PILIHAN KEDUA SEBAGAI MB SELANGOR"

Jika Azmin jadi MB maka jadi lah Azmin sebagai Lelaki Tak Bernama atau MB tak Bernama...

Kah Kah Kah...

Anonymous said...

Jika MB baru dilantik tetapi tak diterima majoriti Adun maka ia akan memberi tamparan kepada Sultan tentang siapa yang lebih berkuasa...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung