Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, October 4, 2014

Pemotongan subsidi tidak kena masa..Kata Seorang Hali Majlis Tertinggi UMNO.


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan diminta mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi 20 sen ke atas minyak ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak wajar, pemotongan subsidi ketika ini tidak sesuai melainkan negara sudah berjaya stabilkan harga barangan dan perkhidmatan.
“Harap penasihat seperti Pemandu dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Idris Jala lebih sensitif serta menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan,” katanya melalui Facebook beliau.
Katanya, kerajaan juga diminta memperhalusi serta mencari kaedah terbaik supaya bantuan subsidi yang diperuntukkan dirasai golongan sasar.
Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin pula berkata, kerajaan patut memastikan rasionalisasi subsidi bahan api diumumkan tidak menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan.
“Pengumuman rasionalisasi subsidi (semalam) mengundang perasaan kurang senang oleh rakyat lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kenaikan harga minyak,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, terdapat banyak lagi kaedah bagi elakkan harga minyak naik, contohnya kaji semula keberkesanan BRIM dan produk 1Malaysia.
“Lebih baik harga minyak rendah dan boleh dikecapi seluruh rakyat, berbanding BRIM sekali-sekala, malahan tidak semua rakyat menikmatinya. Apa jaminan pemerintah kos sara hidup tidak akan meningkat kesan daripada kenaikan ini?,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak memerlukan pakar ekonomi yang hebat untuk memikirkan perkara ini tetapi memadai mempunyai pemimpin dan penasihat yang berjiwa rakyat. – Sinar
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung