Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, October 27, 2014

Sempoii !!! Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya


Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya.
Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun melalui perniagaan yang diceburinya.
Menurut perkongsian dari sebuah blog, Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.
Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoran tersebut.
Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.
Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.
Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.
Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung