Nuffnang

Monday, November 3, 2014

Penting !!!! Mengapa ais kiub tiada sijil halal?


  • Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.                    Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.


SHAH ALAM - Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar  ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.


AKAN MENYUSUL.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung