Nuffnang

Wednesday, June 10, 2015

Gambar Eksklusif : Anak Perempuan Steve Irwin, The Crocodile Hunter Teruskan Kerjaya Bapa


Sebut sahaja rancangan The Crocodile Hunter yang pernah disiarkan di Malaysia satu ketika dulu, pasti akan terus teringatkan gelagat seorang lelaki yang begitu berani mendekati pelbagai haiwan berbahaya iaitu Steve Irwin.




Walaubagaimanapun, keberanian Steve akhirnya memakan diri apabila dia diserang oleh seekor ikan pari yang besar hingga menusuk dada Steve ketika cuba melakukan penggambaran untuk programnya. Steve dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian. 



Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan



Kini, legasi dan kerjayanya diteruskan oleh anak perempuan Steve dan Terri iaitu Bindi Irwin. Gadis berusia 16 tahun yang berwarganegarakan Amerika Syarikat ini bercadang untuk bekerja sepenuh masa di Australia Zoo selepas tamat pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Perlancongan.

"Ayah merupakan pahlawan hidupan liar dan kami sangat mengaguminya.Saya masih ingat dia memberi saya nasihat yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ini selamanya. Beliau berkata, 'Anda perlu merawat haiwan dengan cara yang anda ingin dirawat.' Yang benar."

1 comment:

Kak Mahh said...

Sangat hebat anaknya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung