Nuffnang

Saturday, June 20, 2015

Perghh : Tun M 'Disekat' Di Bazar Ramadan Kampung Baru














Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa, Khamis.

KUALA LUMPUR: Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada hari pertama berpuasa 'disekat' orang ramai.
Namun jangan disalah sangka, bekas Perdana Menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu ber'selfie' dan beramah mesra.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.
Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya.-- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung