Nuffnang

Saturday, August 15, 2015

'DIR0G0L, PUNCA WANITA CUBA BUNUH DIRI'





KUALA LUMPUR - Seorang wanita melecur teruk dalam kebakaran di dalam keretanya sendiri di Avenue 5, Bangsar South CIty, Kerinchi, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa memandu keretanya, Perodua Viva ke hadapan bangunan Averis dan terus menghala ke pintu utama, namun tersekat di anak tangga.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Gagal merempuh pintu masuk, wanita itu kemudian keluar dari kereta sebelum menyalakan pemetik api ke bajunya sendiri dan terbakar.

Bagaimanapun, tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menghalang api dari terus marak.

Mangsa yang melecur 50% itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. 

Hasil pemeriksaan polis ke atas kereta mangsa menemui tong gas, botol berisi petrol dan kotak mercun.

Wanita yang berusia 35 tahun itu juga dilaporkan pernah menerima rawatan psikatrik di Hospital Selayang dan telah diberhentikan kerja dalam bidang penyelidikan IT. 

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan syarikat tempatnya bekerja.


Menurut seorang kakitangan CIMB, Razali, yang berada di tempat kejadian berkata, wanita itu menjerit-jerit bahawa dirinya telah dir0g0l. 

"Masa saya angkat dia masuk ke dalam bangunan, dia kerap kali menjerit yang dia kena r0g0l," katanya menjawab pertanyaan rakannya dalam WhatsApp.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung