Nuffnang

Wednesday, August 12, 2015

Perghhh : 'BLOCK JALAN, INI MAKAN DIA!'


PUTRAJAYA - Sebuah kereta mewah ditabur dengan daun kering dan tong sampah gara-gara menghalang laluan masuk/keluar kenderaan lain.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Kejadian itu berlaku di Hospital Putrajaya yang sememangnya mengalami masalah parking yang terhad menyebabkan ada segelintir pelawat yang datang mengambil tindakan mudah sehingga mendatangkan masalah pada orang lain.

Difahamkan, kereta itu dimiliki oleh seorang wanita Cina yang datang melawat adiknya yang dimasukkan ke Hospital Putrajaya. 

Berikutan tiada lagi tempat untuk meletakkan kenderaan, wanita itu mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya seketika di laluan masuk ke kawasan letak kereta bahagian atas berhampiran dengan Dewan Bersalin. 

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan pemilik kenderaan  yang lain sehingga menaburkan daun-daun kering dan tong sampah di atas keretanya. 



Untuk pengetahuan orang ramai, sekiranya tiada tempat letak kereta di kawasan Hospital Putrajaya, anda boleh meletakkan kereta anda di kawasan yang telah disediakan iaitu berhadapan dengan hospital dan Stesen Terminal Putrajaya tanpa sebarang bayaran dikenakan. 

Atau untuk keselamatan yang lebih terjamin, pelawat bolehlah meletakkan kenderaan mereka di ruang Park & Ride Terminal Putrajaya dan seterusnya menunggu perkhidmatan Shuttle yang disediakan oleh pihak Hospital Putrajaya di tempat menurunkan/mengambil penumpang di terminal berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung