SEEKOR itik dan seekor monyet yang berkawan baik sejak dilahirkan akhirnya maut bersama-sama pada hari yang sama.
Menurut sebuah perkongsian oleh Facebook My Youth Animal Rights and Welfare, tuan kepada kedua-dua haiwan tersebut meraung selepas mengetahui kejadian tersebut.
Kejadian berlaku selepas monyet tersebut terkena renjatan selepas tersentuh wayar pencawang elektrik yang putus.
Itik tersebut kemudian datang 'membantu' sebelum mengalami nasib sama dan mati.
Perkongsian tersebut menarik perhatian hampir 50,000 pelayar yang rata-rata menyifatkan kejadian tersebut sebagai 'persahabatan sehidup semati' yang menyedihkan.
Sementara itu, seorang pelayar mendakwa kejadian tersebut adalah palsu di mana sebuah foto yang menunjukkan haiwan tersebut ketika masih hidup adalah itik dan monyet.
Foto kedua pula menunjukkan bangkai seekor monyet dan seekor angsa, dan bukan itik seperti yang didakwa.
Walaupun kisah tersebut dianggap 'hoax' (penipuan), majoriti pelayar tetap tersentuh dengan kisah berkenaan.
Perkongsian tersebut dimuat naik pada 28 September lepas.

No comments:
Post a Comment