KOTA BHARU - Seorang peniaga pasar borong yang menjadi individu pertama dituduh berhubung dakwaan memiliki cecair vape bernikotin, tahun lalu, didenda RM2,000 oleh mahkamah sama, hari ini.
Denda diputuskan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh Muhd Azahar Safie, 27, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan.
Muhd Azahar didakwa memiliki racun jenis nikotin sebanyak 518 mililiter tanpa kebenaran di premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini pada jam 11.15 malam, 5 November 2015.