Nuffnang

Sunday, April 17, 2016

'Ramasamy Yang Seharusnya Dikeluarkan Dari Malaysia' - Mufti









SHAH ALAM - Tindakan biadab Timbalan Ketua Menteri Prof. P Ramasamy menarik perhatian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berpendapat bahawa beliau yang harus dikeluarkan dari negara ini.

"Gelaran syaitan yang diberikan Ramasamy pada Zakir, menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam adalah agama rasmi Malaysia. 

"Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biada. Sebagai ahli politik dan pemimpin, beliau sepatutnya memahami Perlembagaan. Kalau dia tidak faham, maka dia yang patut dikeluarkan dari negara ini," katanya kepadaSinar Harian, semalam. 

Meskipun telah membuat permohonan maaf, namun ianya masih tidak mencukupi kerana beliau hanya memohon maaf ke atas penggunaan perkataan 'Satan' sahaja. 

"Tindakan beliau bukan hanya menghina Zakir tetapi turut menghina Islam secara keseluruhan. Malah permohonan maafnya itu bukan dari hatinya. 

"Di India sendiri, tiada halangan untuk Zakir mengadakan ceramah. Jadi, mengapa individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke negara ini?" katanya. 

Terdahulu Ramasamy memohon maaf diatas penggunaan perkataan 'satan' itu dan mengakui bahawa ia hanya dituju kepada Dr Zakir Naik sahaja, bukan kepada seluruh umat islam di negara ini.

Selain itu, beliau juga mengaku pernah berjuang untuk orang Islam. - PIXEL MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung