Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, April 14, 2016

Terima kasih Hindraf Makkal Sakthi - Zakir Naik- Alhamdulillah Sekarang Baru Orang Mengenali Saya




  
Pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik berterima kasih kepada gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf Makkal Sakthi serta pihak-pihak yang melakukan bantahan ke atasnya.
Beliau berkata, meskipun kehadirannya tidak disenangi pihak berkenaan, tindakan itu, walau bagaimanapun, telah memberi publisiti percuma kepadanya serta berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.
“Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang, semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya.

“Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS untuk bersatu.
“Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.
“Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah ini,” katanya pada syarahan umum bertajuk `Adakah Allah Wujud’ di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut, malam tadi.
Ditanya berkenaan tajuk syarahan umum di Melaka yang perlu ditukar, Dr. Zakir memberitahu bahawa beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa.
“Sebagai penceramah versatil, saya perlu bersedia dengan sebarang perubahan termasuk menukar tajuk syarahan di saat akhir.
“Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.
“Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya,” katanya.
Beliau memaklumkan bahawa ini adalah kali keenam kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan jumlah pengikutnya semakin bertambah.
Lebih 5,000 termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menghadiri syarahan umum itu semalam.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung