Nuffnang

Thursday, May 5, 2016

'Kau Jangan Pandai² Carikan Jodoh Untuk Bekas Isteri Aku!'





Saya ada eorang kawan office, perempuan, yang baru sahaja bercerai dengan suaminya. 
Menurutnya, masing-masing tidak sefahaman dan tidak bahagia. Bila ditanya, siapa yang
 minta cerai dahulu, dia mengaku yang dia nak bercerai. 

Sudah hampir dua bulan dia bercerai sewaktu saya mula mengenali dia. Sepanjang 
perkahwinan dengan bekas suami, mereka tidak dikurniakan anak.

Di office ini juga, ada seorang lagi kawan lelaki saya yang boleh dikatakan manis orangnya.
 Sudah bernikah dan dikurniakan dua cahaya mata. Isterinya cantik dan sangat menjaga 
pakaiannya, tertutup sederhana. Bila ada majlis, pasangna ini memang nampak romantik. 
Makan berkongsi, anak-anak sama-sama jaga. Memang sejuk mata memandang. 

Saya tumpang gembira. Tetapi sahabat perempuan saya yang tadi, rupa-rupanya menyimpan 
rasa cemburu dan menaruh hati pada lelaki itu. Saya perasan yang mereka semakin
 rapat dan pernah terserempak mereka berdua-duaan di kafeteria office, sedang gelak seperti 
orang bercinta.

Nak dijadikan cerita, suatu hari isteri lelaki ini datang ke office mencari suaminya yang sudah
 3 hari tidak balik ke rumah.

"Dia kata ada kerja luar, tetapi bila saya call, suami tak jawab. Saya risau dan saya datang 
ke office suami ini pun nak tahu ke mana suami saya dihantar bertugas," katanya. 

Tetapi, yang sebenarnya suami dia telah memohon cuti dan alasan yang diberikan pada syarikat, 
ada hal keluarga dan terpaksa pulang ke kampung. Mendengar jawapan itu, luluh hati dan 
menangis si isteri di depan kami semua, termasuklah boss kami pun ada pada ketika itu. 

Yang lebih menyakitkan hati ialah, kawan perempuan saya itu juga meminta cuti pada hari yang 
sama. Cuma dia meminta untuk dua hari sahaja dan sepatutnya sudah masuk kerja. Tetapi 
bagi mesej, katanya dapat MC. 

Korang fikir apa yang saya fikirkan sekarang? 

Ya, boss sendiri pun dah boleh agak apa yang berlaku sebenarnya sebab dah banyak mulut 
yang buka cerita hal tentang mereka berdua. Lalu boss pun menghantar mesej kepada 
dua beruk ini untuk menghadapnya. 

Boss mengambil keputusan untuk memecat perempuan ini dan lelaki pula diberikan kaunseling
 kerana dia kasihan pada isteri dan anak-anak kawan saya ini. 

Ingatkan akan berubah, rupa-rupanya buat hal juga. Akhirnya, si suami ditangkap dengan 
perempuan itu pada hari mereka sedang bercuti. Rupa-rupanya mereka bernikah di seberang. 

Isteri minta diceraikan, anak-anak semua diambil. Sedihnya, saya rasa tak tahulah kalau jadi
 pada saya, macam manalah hancur hat saya.

Sekarang, sudah hampir 3 tahun mereka bernikah dan sudah ada anak seorang. Bekas 
isteri lelaki itu pun bahagian dengan anak-anaknya. Oleh kerana saya masih berhubung dengan
 bekas isteri rakan saya itu, saya bercadang mahu kenalkan dia dengan abang saya. Saya tunjuk 
gambar, abang juga turut berkenan. 

Rupa-rupanya kawan lelaki saya ini tahu niat saya itu kerana saya ceritakan pada kawan-kawan
 sepejabat yang lain.Dia punya marah, habis barang atas meja saya diteraburkan.

"Jangan pandai-pandai jodohkan bini aku dengan abang kau! Dia hak aku! Kau jangan
 memandai-mandai!" bentaknya. 

Saya pelik, kenapa dia nak marah-marah sangat? Menurut rakan sepejabat yang lain, dia tengah 
serabut dengan isterinya. Isterinya yang kini tidak sama dengan bekas isterinya yang dahulu 
yang pandai menjaganya, menghormatinya. Berbanding dengan isteri baru yang hanya pandai 
bergaya, tetapi pemalas, pemarah. 

Itulah, Allah suruh bersyukur tetapi kau kufur. Isteri yang baik di depan mata, kau tipu-tipu. 

Dengar cerita sekarang, mereka naik mahkamah semula. Bergaduh sakan sebab isteri 
barunya cemburu bila mana ada staff office yang beritahu suami dia nak rujuk balik dengan bekas isteri. 

Kebahagiaan kita bukan terletak pada pasangan. Tetapi terletak pada diri kita sendiri. Allah itu 
Maha Adil. Hargai apa yang ada di depan mata. Sifat hasad dengki itu buanglah jauh-jauh. 

Sekarang, saya tak peduli. Saya nak kenalkan juga dia dengan abang sayang

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung