Nuffnang

Wednesday, May 4, 2016

Perghh!!!! KERETA MASUK LUBANG, PEMANDU NYARIS MAUT


PETALING JAYA - Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas dan anaknya terbabas lalu melanggar penghadang jalan, terus terjunam ke dalam lubang yang masih dalam pembinaan, petang tadi. 

Video berdurasi 46 saat itu dimuat naik oleh saksi kejadian, Mohd Fauzie Pamuji, yang berkata, kejadian itu benar-benar berlaku di depan matanya, di Jalan Universiti, berhampiran dengan pejabat Sin Chew Daily, pada jam 2 petang.

"Depan mata saya kereta itu terbabas dan melanggar penghadang yang tiada air itu sebelum terus masuk ke dalam lubang. Habis semua dilanggarnya. Lubang itu betul-betuk berada di persimpangan keluar masuk," katanya. 

Mangsa terkapai-kapai meminta tolong, selain meronta menahan kesakitan. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba menghulurkan bantuan dengan menghulurkan tali pada mangsa. Bagaimanapun gagal berbuat demikian, berkemungkinan mangsa mengalami kecederaan atau tersepit. 

Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian terus memulakan tugas-tugas menyelamat mangsa. 

Menurut sumber, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. - 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung