Nuffnang

Wednesday, May 11, 2016

(Video) Pertandingan Lumba Berakhir Tragedi, Kereta Hilang Kawalan, Pemandu Tercampak Keluar


MIRI: Sebuah pertandingan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya untuk kategori "Drag Race" hilang kawalan, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan maut selepas tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengah hari itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.


Menurut Junaidi, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.

"Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." katanya. - Siakapkeli.my







No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung