Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, September 20, 2016

Galaxy Note 7 Meletup Dalam Seluar, Mangsa Saman Samsung


Seorang lelaki mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar jenama telefon terkenal Samsung kerana telefon Galaxy Note 7 milik beliau tiba-tiba meletup hingga kermengakibatkan kecederaan parah keatas dirinya.

Jonathan Stroble berkata, kejadian berlaku pada 9 September yang lalu ketika telefon pintar itu didalam poket hadapan seluarnya secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan seluarnya terbakar.

Malah, kejadian itu mengakibatkan jari tangan kiri mangsa turut melecur selepas cuba mengeluarkan peranti tersebut daripada seluarnya.

Tindakan saman yang difailkan Jonathan itu dikatakn yang pertama di Amerika Syarikat dan ianya adalah sehari selepas Samsung menarik balik lebih kurang sejuta unit Galaxy Note 7 yang terjual dinegara itu.

Saman itu bagi menuntut ganti rugi seperti rawatan perubatan, kehilangan pendapatan, kesakitan  dan penderitaan serta beberapa kecederaan lain.




Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung