Nuffnang

Sunday, October 23, 2016

Dahsyatttt !!!! KESAS Jawab Kes Viral Gambar Sabotaj Laluan Motosikal


  
PETALING JAYA: Penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama Lebuh Raya Shah Alam (LSA) selepas pukul 11 malam sehingga 6 pagi selepas pihak keselamatan KESAS menggagalkan cubaan sabotaj pada Jumaat.
KESAS dalam kenyataannya berkata, perbuatan khianat itu berlaku di lorong motosikal LSA yang dikesan oleh pasukan KESAS Ronda kira-kira pukul 5 pagi pada 21 Oktober lalu ketika melakukan rondaan rutin.
Pasukan ronda tersebut menemukan seutas dawai yang dipasang secara melintang di terowong motosikal, dipercayai bertujuan untuk menyamun penunggang motosikal.
"Tindakan pantas pihak KESAS Ronda berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab.
"KESAS juga telah membuat satu laporan polis untuk tindakan lanjut," tambah kenyatan itu.
Sejak Jumaat, netizen yang menggunakan laluan motosikal menyuarakan kebimbangan susulan penyebaran gambar dipercayai dawai yang dipasang secara melintang di laluan motosikal yang dikaitkan dengan taktik samun terbaharu.
Berdasarkan maklumat di laman Facebook, gambar itu dipercayai diambil di laluan terowong motosikal Lebuh Raya KESAS dengan kapsyen bertulis "Cubaan samun rentang dawai sebelum tunnel (terowong)".
Susulan penyebaran gambar tersebut, ramai netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung