KOTA BHARU - Empat mayat yang dijumpai siang tadi dipercayai dibunuh dengan kepala ditutupi
plastik serta terdapat beberapa kesan tikaman di badan sebelum dicampak dalam semak di sini
Kampung Tanjung Hilir, Bekelam dekat sini.
Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu lengkap berpakaian.
Dipercayai ke semua mangsa dibunuh sekitar tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah
membengkak.‎
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dioercayai dibunuh
 dengan kejam di tempat lain sebelum dicampak ke dalam semak di sini selain tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan dengan lebih daripada seorang suspek.
Mayat terbabit ditemui seorang penduduk yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada
anggota polis Bachok kira-kira jam 6.45 petang.
Kita percaya empat mayat dibunuh dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu diikat
kepala dengan plastik dan setiap mayat mempunyai dua tikaman di bahagian perut dan dada selain
ada beberapa calar dipercayai akibat pergelutan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung
Tanjung Hilir,di sini, hari ini.
Abd Rahman berkata setakat ini identiti, jantina dan warganegara ke empat suspek belum dapat
 dipastikan namun salah seorang daripada mangsa mempunyai tatu di bahagian lengan sebelah kanan.
Beliau tidak menolak kemungkinan kes  itu pernah dilaporkan sebelum ini bermotifkan dendam.
Kesemua mayat berkenaan diperiksa anggota Polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK)
Kota Bharu sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.
Beliau meminga orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai
 polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Usaha memburu suspek akan dijalankan secepat mungkin dan menurutnya, kes disiasat di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh