RAKAMAN seorang lelaki mendakwa seorang pengutip derma menipu dan menamparnya viral
 di laman Facebook hari ini.
Seorang pelayar yang memuatnaik video berkenaan mendakwa kejadian berkenaan berlaku di
hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.
Menurut laporan portal tempatan, lelaki terbabit pada mulanya memarahi pengutip derma berkenaan
yang mendakwa mengutip derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.
Pengutip derma tersebut menafikan dia menipu untuk mengutip derma, selain mendakwa dirinya
 adalah wakil dari jabatan agama.
Walau bagaimanapun, lelaki yang memarahinya mempertikaikan kesahihan 'cerita' pengutip derma
tersebut.Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma berkenaan sambil mencabar pengutip derma
 terbabit datang semula dan membawa wakil pejabat agama.
Video berkenaan yang dikongsi lebih 3,000 pelayar menarik reaksi berbeza.
Segelintir pelayar menganggap lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dengan menampar pengutip
 derma terbabit.
"Tak mau derma sudah...tak payah la tampar," kata Mohd.
"Kesiannya. Kalau taknak derma, tak payah la layan. Jalan je," kata Shahirah.
"Saya (bagi) viral sebab hak menghukum bukan pada kita. Kita derma pahala sedekah kita dapat.
 Tu bahagian kita. Kemana duit sedekah tu pergi, tu urusan dia dengan ALLAH," kata individu yang
memuatnaik video berkenaan.