Nuffnang

Wednesday, April 5, 2017

Perghh Dahsyat : Maut tercekik dalam pertandingan makan donat


Maut tercekik dalam pertandingan makan donat
Gambar hiasan
COLORADO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan mati tercekik ketika menyertai pertandingan makan donat di Voodoo Donuts di Denver.
Denver 9News melaporkan, Travis Malouff,42, meninggal dunia ketika cuba makan donat gergasi dalam masa kurang daripada 80 saat dalam pertandingan Tex-Ass-Challenge' yang dianjurkan kedai berkenaan.
Malouff maut akibat 'asphyxia', di mana halangan saluran udara,menurut Pemeriksa Perubatan Pejabat Denver.
"Ia sangat tragis. Ia satu kehilangan nyawa yang sepatutnya tidak terjadi, " kata bapa mangsa, Curtis Malouff, kepada 9NEWS.
Cabaran ini memerlukan peserta untuk makan donat bersaiz besar iaitu bersamaan dengan enam donat saiz biasa dan mempunyai diameter 7 inci sebagai pertukaran untuk mendapat makanan percuma dan butang percuma
Voodoo Donuts pertama kali dibuka di Portland pada tahun 2003, berkembang di luar Oregon dan membuka kedai di Denver pada Disember 2013.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung