Nuffnang

Saturday, August 26, 2017

Penyampai Berita, Amin Hayat Malu Kerana Botak


Amin Hayat pernah mengalami alopesia iaitu keguguran rambut yang teruk sehingga mengakibatkan botak.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pembaca berita TV9 iaitu Amin Hayat memberitahu, pengalamannya berhadapan dengan masalah alopesia atau keguguran rambut yang kritikal hingga menyebabkan botak memberi tekanan kepada dirinya untuk berhadapan dengan masyarakat.
Amin atau nama sebenarnya Amin Hayat Abd. Rahim, 35, berkata, perkara itu membuatkan dia kehilangan keyakinan diri dan menganggu emosinya untuk tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
"Saya berhadapan dengan masalah botak secara tiba-tiba pada tahun lalu sehingga membuatkan saya rasa malu untuk keluar berjumpa orang ramai.
"Orang anggap perkara itu adalah masalah yang biasa tetapi bagi saya ia sangat menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan harian saya terutama apabila saya bekerja sebagai pembaca berita.
"Dalam tempoh itu saya terpaksa pakai topi setiap masa kerana tidak mahu mendengar kata-kata ejekan orang terhadap kepala saya," ujarnya kepada mStar Online.


Amin Hayat.
Amin mengulas kempen 'Aku Alopesia' yang dijalankan atas kesedarannya memberi info kepada orang ramai terhadap penyanyik berkenaan.
Kata Amin, walaupun tidak membawa kepada masalah kesihatan yang serius, namun apa yang dilaluinya menyedarkan betapa perlu pencegahan dilakukan daripada peringkat awal.
"Perkara ini terjadi mungkin kerana tekanan kerja dan mengambilan ubat-ubatan sampingan serta gaya hidup yang tidak sihat.
Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang keperluan pengurusan tekanan yang betul, tidak dan rehat secukupnya serta gaya hidup sihat.


Amin Hayat ketika berhadapan dengan masalah kebotakan.
"Ramai juga yang memberi mesej peribadi menerusi Instagram bertanyakan tentang masalah botak yang mana bukan sahaja golongan dewasa, tapi kanak-kanak dan remaja juga ada yang mengalaminya," ujarnya.
Amin berkata, dia kini sudah kembali pulih selepas menjalani rawatan hampir setahun dengan sebuah klinik kecantikan.
"Alhamdulillah, setahun juga saya buat rawatan untuk kembalikan rambut seperti dahulu di Clique Clinic. Tapi lebih baik kita mencegah daripada merawat," ujarnya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung