Tuesday, January 30, 2018

Lelaki Meninggal Dunia Akibat 'Disedut' Mesin MRI


Lelaki Meninggal Dunia Akibat 'Disedut' Mesin MRI




MUMBAI: Seorang lelaki meninggal dunia selepas 'disedut' ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
Ketika kejadian pada Sabtu itu, lelaki yang dikenali sebagai Rajesh Maru, sedang membawa silinder oksigen apabila dia menemani saudara lelakinya ke bilik MRI di Hospital BYL Nair Charitable, lapor The Statesman.
Adik iparnya, Harish Solanki berkata, bahawa seorang lelaki di wad telah memberitahunya bahawa silinder boleh dibawa masuk ke bilik MRI.
Bagaimanapun, objek yang mengandungi logam tidak dibenarkan di dalam bilik MRI kerana ia boleh ditarik magnet pada mesin itu.
"Ketika kami memberitahunya bahawa benda-benda logam tidak dibenarkan di dalam bilik MRI, dia berkata sab chalta hai, hamara roz ka kaam hai' (ia baik-baik saja, kami melakukannya setiap hari). Doktor serta juruteknik tidak berkata apa-apa, " jelas Solanki.
Menurut saksi, ketika itu Maru ditarik ke mesin dengan kuat.
"Sebaik sahaja Rajesh masuk bersama silinder, ternyata mesin itu telah dihidupkan dan dia tersedut ke dalam. Badannya membeku."
Maru dilaporkan mengalami pendarahan banyak ketika ditarik keluar.
Dia dikejarkan ke wad kecemasan, namun meninggal dunia selepas 10 minit kemudian
Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung