6 Pemain Bola Sepak Dunia Tolak Alkohol
BEBERAPA pemain bola sepak terkenal dunia menolak minum minuman beralkohol. Menariknya, tidak semua mereka ini beragama Islam.
Memetik Sokkaa.com, berikut enam pemain bola sepak terkemuka dunia yang 'mengharamkan' diri mereka atau sudah berhenti mengambil minuman keras.
1. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Pemain ini mengaku sudah lupa bila kali terakhir dia pergi ke kelab malam dan minum bir. Kane mengaku untuk mengisi masa lapang, dia lebih suka memilih bermain golf berbanding minum di kelab malam.
"Jika saya mahu bersantai, saya akan bawa anjing saya keluar
jalan-jalan atau bermain golf. Saya tak tahu bila kali terakhir saya ke
kelab malam," katanya.
2. Franck Ribery (Bayern Munich/Perancis)
Pemain yang menukar agama kepada Muslim pada 2002 ini merupakan salah seorang pemain yang sangat menolak minuman keras. Ribery selalu menolak memegang bir ketika bergambar bersama pasukannya untuk salah satu penaja Bayern, Paulaner.
Ribery pernah marahkan rakan sepasukannya, Jerome Boateng, yang menyiramnya dengan bir dalam meraikan gelaran juara Bundesliga pada 2013.
3. Gareth Bale (Real Madrid/Wales)
Pemain Real Madrid ini merupakan salah seorang pemain bukan Muslim yang menolak minum bir. Bale menolak mengambil minuman beralkohol kerana ingin mendapatkan tubuh yang sihat.
"Saya hanya tidak suka minum-minum. Ini bukan soal saya tidak minum minuman beralkohol. Saya hanya tidak sukakan rasanya," ujar Bale.
4. Yaya Toure (Manchester City)
Yaya Toure pernah menolak menerima champagne selepas menjadi pemain terbaik ketika Manchester City mengalahkan Newcasle United pada pertandingan Liga Perdana Inggeris pada 2012.
Ketika rakan sepasukannya, Joleon Lescott ingin memberi sebotol champagne, Toure berkata: "Wow, terima kasih. Tapi, saya tidak minum kerana saya Muslim. Kamu boleh simpan champagne ini."
5. Javier Hernandez (West Ham United/Mexico)
Walaupun bukan seorang Muslim, Hernandez mengaku mengagumi Nabi Muhammad SAW. Hernandez juga melakukan beberapa amalan seorang Muslim, termasuk cara berdoa. Hernandez juga tidak mengambil minuman beralkohol.
"Hernandez mempunyai cara dietnya. Dia tidak pernah mengambil minuman beralkohol. Dia juga tidak pernah tidur lewat malam," kata saudaranya, Tomas Balcazar.
6. Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal)
Ronaldo tidak pernah mengambil minuman keras setelah bapanya meninggal dunia kerana alkohol.
"Saya lebih suka minum Red Bull ketika membelikan champagne untuk kawa-kawan. Itu tak jadi masalah. Saya suka tengok kawan-kawan saya gembira," kata Ronaldo

No comments:
Post a Comment