Tuesday, January 9, 2018

Perghh Pengantin Potong 'Senjata' Di Majlis Kahwin


Pengantin lelaki berpakaian baju Melayu songket lengkap sambil dihiasi dengan 'pistol'.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Bukan sesuatu yang pelik jika pengantin lelaki berbaju Melayu songket lengkap bertanjak, samping ditambah rantai dan keris, namun bagaimana pula jika raja sehari itu menyelit aksesori lain di pinggang bagi menggantikan senjata tradisional itu.
Namun pada sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Dewan Japerun Duyong, Melaka baru-baru ini, tetamu digemparkan dengan pengantin lelaki yang membawa senjata api.
Beberapa gambar pasangan pengantin berpakaian serba kuning telah tular di media sosial pada Isnin jelas menampakkan sepucuk 'pistol' hitam diselitkan pada samping.
“Dah macam mafia pula,” kata seorang netizen yang menggambarkan penggunaan pistol sebagai aksesori pengantin tidak ubah seperti watak antagonis dalam filem aksi.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/09/pengantin-pistol/~/media/8797362dea294159945a8f4c8d210a51.ashx?la=en
Pasangan pengantin menampilkan kelainan pada majlis perkahwinan mereka pada Ahad sehingga tular di media sosial.
Pengantin lelaki, Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, mengaku dia merancang kira-kira dua minggu lebih awal untuk menggunakan pistol tersebut bagi menggantikan keris pada majlis perkahwinannya, Ahad lalu.
Penyelia di sebuah kilang itu menjelaskan bahawa dia mahu menampilkan kelainan pada hari bersejarah buat dirinya bersama isteri di majlis berkenaan.
Bagaimanapun Muhammad Saiful berkata, ia sekadar pistol permainan, airsoft gun yang dibeli pada harga RM45 di sebuah laman web beli-belah dalam talian.
“Saya tahu adalah satu kesalahan kalau memiliki senjata api walaupun permainan yang menyerupai senjata asli, jadi saya potong pistol berkenaan dan pakai bahagian pemegang sahaja, jadi nampak olok-olok.
“Tak dinafikan ramai yang bertanya sama ada ia pistol asli, dan saya katakan pistol ini hanya gimik untuk nampak unik. Lagipun sepanjang majlis, pemegang pistol ini hanya terselit di samping, kalau saya keluarkan pun bukan nampak pistol tetapi pemegangnya saja,” katanya kepada mStar Online.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/09/pengantin-pistol/~/media/245682bc6fbd4f458325485d853ef8e0.ashx?la=en
Muhammad Saiful memotong 'pistol' untuk menunjukkan bahagian pemegang sahaja.
Mengenai komen netizen bahawa pemakaian ‘pistol’ tersebut tidak mengikut adat, Muhammad Saiful tidak melihatnya sebagai menyalahi agama.
“Saya tukar sikit sahaja daripada adat tu. Saya nak ketengahkan ia supaya tidak nampak begitu ortodoks sangat.
“Sebelum ini terdapat cadangan untuk memakai kot bagi menggantikan baju Melayu, tetapi keluarga dan saudara-mara tolak mentah-mentah,” katanya yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam.

Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung