Nuffnang

Thursday, January 18, 2018

Perghh !! Rakam gambar perkahwinan di atas Gunung Everest

Rakam gambar perkahwinan di atas Gunung Everest



KATHMANDU, Nepal – Sepasang kekasih warga Australia melangsungkan perkahwinan mereka di Gunung Everest selepas selesai mendaki selama sembilan hari baru-baru ini.
Pemilik perniagaan, Heidi Turunen, 32, yang berasal dari Finland dan tukang kayu, Tom Rein, 31, dari Bundaberg, Queensland terpaksa mengharungi cabaran cuaca sejuk dan mabuk ketika berada pada tempat tinggi sebelum tiba di Base Camp, Gunung Everest.
Mereka bertukar ikrar perkahwinan dengan berlatarbelakangkan kawasan pergunungan tertinggi di dunia pada paras ketinggian 5,380 meter dari laut.
Pasangan itu mengenakan pakaian tradisi apabila pengantin perempuan menyarung gaun putih manakala pengantin lelaki tampak kemas berpakaian sut.
“Kami mahu melakukan pendakian secara bebas, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi berdua tanpa menyertai mana-mana kumpulan pendaki, jurupandu atau khidmat malim gunung,” kata Turunen. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung