Polis Bantu Gelandangan Bogel Tular
GAMBAR seorang polis yang
sanggup memberikan bajunya kepada seorang gelandangan yang sedang
berbogel di kawasan awam tular di media sosial.
Gambar tersebut muncul pada Isnin, menunjukkan seorang polis
memberikan baju putihnya kepada seorang lelaki dalam kejadian di Bandar
Lampung, Indonesia.
Menurut posting asal yang dimuat naik oleh @anisa.sarii, polis
berkenaan, Edward Setia Putra dilihat telah berhenti dan turun dari
motosikalnya sebaik sahaja ternampak seorang lelaki sedang duduk tanpa
pakaian di jalan utama di bandar itu.
Bagaimanapun, lelaki itu masih tidak berseluar.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/23/polis-bantu-gelandangan-bogel/~/media/82b41569b3fd4cd09905dd60fa85a12a.ashx?la=en&h=500&w=356
Posting di Instagram rasmi polis Lampung.
Tindakan Edward mendapat pujian ramai, dengan jabatan polis tempatan
memberikannya publisiti dengan menyiarkan semula gambar anggotanya di
akaun Instagram rasmi mereka.Berdasarkan posting jabatan polis, lelaki yang identitinya tidak diketahui itu dipercayai mengalami masalah mental.
No comments:
Post a Comment