Nuffnang

Monday, September 10, 2018

Perghhh !!!“Perbuatan terkutuk, keji!” – Timbalan Menteri pecat pegawai ‘kantoi’ rakam bawah skirt wanita


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman bertindak memecat pegawainya yang didapati merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit.
Mohd Aziz turut mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang melakukan tindakan terkutuk tersebut.
“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata dijalankan.
“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.
“Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut  menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku timbalan menteri dalam negeri dan pejabat timbalan menteri,” katanya menerusi kenyataan media di halaman Facebooknya, Ahad malam.

Mohd Azis Jamman.
Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau memohon maaf di atas tindakan pegawai tersebut tetapi menegaskan perbuatan keji itu tidak mencerminkan pegawai-pegawai lain di pejabatnya.
“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat timbalan menteri yang sedang bertugas dengan saya,” katanya.
Terdahulu, tular sebuah klip video berdurasi hampir dua minit menunjukkan seorang pegawai kepada pegawai kerajaan membuat rakaman di bawah skirt seorang wanita.
Ketika kejadian, mangsa sibuk melakukan pemeriksaan mata terhadap pegawai kerajaan berkenaan.

Menurut video yang tular di media sosial, lelaki yang membuat rakaman itu didakwa merupakan pegawai kepada seorang timbalan menteri.
Insiden berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.
Dilaporkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mengenai perkara tersebut.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung