Nuffnang

Thursday, September 17, 2020

Fedtri Yahya terlibat kemalangan, selesai jalani pembedahan - “Banyak kecederaan di muka, semuanya sudah dijahit sempurna”

 

Fedtri Yahya terlibat kemalangan, selesai jalani pembedahan - “Banyak kecederaan di muka, semuanya sudah dijahit sempurna”

Fedtri Yahya terlibat kemalangan malam Rabu.

PENGACARA dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya, 39, terlibat dalam kemalangan kecil pada Rabu.

Isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memaklumkan hal itu menerusi Instagram dan memohon orang ramai mendoakan suami segera sembuh.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna.

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya, ” tulisnya.

Pengacara program Malaysia Hari Ini itu kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan KPJ Damansara.

Sementara itu, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan takziah dan mendoakan agar penulis lirik lagu Basyirah itu diberi kesembuhan.

Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung