“Misai tu yang mahal... patient tengok pun sembuh sakitnya” - Kongsi foto nostalgia di FB, Dr Noor Hisham dapat jolokan jejaka pujaan ramai
NAMA Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi sebutan ramai atas jasa baktinya dalam memerangi Covid-19 di negara ini.
Selain khidmat cemerlangnya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ramai netizen turut meluahkan rasa kagum akan peribadinya setiap kali muncul menerusi sidang media berkaitan pandemik itu.
Terbaharu, Dr Noor Hisyam sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi foto 'throwback' sewaktu awal pembabitan kerjayanya suatu masa lalu.
"Gambar nostalgia satu ketika dulu semasa menjalankan tugas 'on call' bersama dengan ketua jururawat dan jururawat KKM," tulisnya di Facebook.
Disertakan dengan sekeping gambar, posting yang dikongsi pada awal pagi Rabu itu meraih lebih 37,000 tanda suka (likes).
Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Dr Noor Hisham mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.
Selain memuji rupa paras Dr Noor Hisham, ada yang turut berseloroh kononnya dia menjadi jejaka idaman dan rebutan ramai pada waktu lalu.
"Mesti tak sangka suatu hari boleh jadi ketua pengarah KKM kan?
"Kalau patient tengok Tan Sri pun dah sembuh sakitnya. Hebat Tan Sri... pukul 2 pagi pun masih update Facebook page.
TAN SRI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
"Wah mesti ramai peminat Tan Sri masa tu.
"Tan Sri tetap handsome sampai sekarang.
"Sejak azali dah nampak kewibawaannya. Maintain kacak Tan Sri.
"Misai tu yang mahal," tulis beberapa netizen.
Netizen turut memberi jolokan 'wira negara' buat Dr Noor Hisham atas jasa baktinya selama ini.
Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988, Dr Noor Hisham yang diberi jolokan 'wira negara' turut dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ogos lalu.
Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dia juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pembedahan Endokrin serta melakukan latihannya di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.
Mstar. Tq
No comments:
Post a Comment