Nampak kecil, kuasa luar biasa! Jejaka ini main EUC hingga ke puncak Bukit Fraser, tak melenting ada yang banding harga dengan motosikal
RASA bebas yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Begitulah gambarannya mengenai hobi beroda Electric Unicycle (EUC) yang mula diceburi jejaka ini sejak awal tahun lalu.
Menurut Muhammad Nur Syamfarhan Kamarudin, 27, EUC yang dinaikinya juga sering menjadi tumpuan, khsususnya apabila dia berada di tempat awam.
"Saya bermula tahun lepas, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Mula-mula dulu saya ada skuter elektrik.
"Berbezanya EUC dengan skuter, dia macam motor juga cuma tak ada tempat duduk. Masa mula-mula beli, kena belajar dulu.
"Saya training tiga hari juga supaya kaki kuat. Awal-awal tu, biasalah kalau jatuh. Kalau bawa skuter, ada roda depan dan belakang.
"EUC pula tiada handle, kena bergantung dengan kaki," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Mesra disapa Farhan, dia kini memiliki dua model EUC yang dibeli dengan harga sekitar RM2,000 dan RM8,000.
Farhan mula berjinak-jinak dengan hobi ini pada awal tahun 2020.
Malah, dia juga sudah meneroka banyak tempat menggunakan EUC sehingga mampu menawan puncak Bukit Fraser di Pahang.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Mula-mula saya beli yang dalam harga RM2,000 lebih je, kemudian saya upgrade sebab nak pergi banyak tempat yang lebih jauh.
"Yang kecil tu, sesuai untuk bawa di kawasan perumahan. Tahun lepas, saya pernah bawa EUC hingga ke Bukit Fraser. Saya park di Ulu Yam, kemudian bawa EUC hingga ke puncak. Pergi balik dalam 90 kilometer (km).
Saya bawa balik ke kampung, ayah saya yang dah umur 70-an pun cuba bawa EUC.
FARHAN
"Saya juga pernah bawa sehingga 100km. Untuk single charge, biasanya boleh bawa maksimum sehingga 120km.
"Di Malaysia juga ada komuniti EUC, bila join saya jumpa ramai orang. Cuma sekarang hobi sedikit terhenti disebabkan PKP. Sebelum ini, sekali ride biasanya dalam 10 orang, bersendirian pun ada," ujarnya yang bekerja sendiri dan menetap di Subang Jaya, Selangor.
Mengulas komen segelintir individu yang menganggap aktiviti itu sebagai hobi mahal, Farhan ada jawapannya yang tersendiri.
"Ada orang kata, dengan harga begitu lebih baik beli motor. Saya tenang saja jawab bila orang cakap macam tu.
Farhan tak sangka video dikongsi meraih perhatian ramai.
"Saya dah ada motor, tapi saya tiada EUC. Saya cuma nak cuba kelainan, ia memberi satu kepuasan kepada saya.
"Bila naik EUC, rasa bebas sangat. Kalau naik motor, boleh lepas tangan sekejap pun dah rasa best. Apatah lagi naik EUC yang memang tak perlu guna tangan.
"Dapat juga hilangkan stres. Dengan EUC juga saya banyak explore tempat baharu. Saya bawa balik ke kampung, ayah saya yang dah umur 70-an pun cuba bawa UEC," ujarnya lagi.
Hobi itu bagaikan terhenti seketika disebabkan penguatkuasaan PKP ketika ini.
Dalam pada itu, Farhan tak menyangka video dia bersama EUC tular di TikTok,
Tambahnya, ramai netizen turut meninggalkan komen dan menghantar mesej bertanyakan mengenai EUC.
"Saya pun agak terkejut. Bila dapat sambutan, saya hasilkan lagi video.
"Ramai juga yang mesej tanya mengenai EUC. Kalau ada sesiapa berminat, boleh saja contact saya," ujarnya. Mstar
No comments:
Post a Comment