Nuffnang

Monday, July 19, 2021

Ha Tudia !!! Ujian bersilih ganti, sebak tengok video luahan perasaan Ebit -

 

Ujian bersilih ganti, sebak tengok video luahan perasaan Ebit - “Saya susah nak lawan orang, nak gaduh dengan sesiapa”

Ustaz Ebit mengakui tidak gentar dengan sesiapa sejak kecil lagi.

SETIAP manusia tak terlepas dengan ujian dalam kehidupan.

Begitu juga dengan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang hangat menjadi perbualan rakyat di negara ini.

Terbaharu, satu video luahan perasaan, dipercayai video lama melibatkan Ebit ditularkan semula sehingga ia menjentik emosi netizen yang menonton.

Dalam rakaman yang dikongsi di Instagram Pemantau Malaysia Baru, Ebit mengakui dia bukanlah seorang individu yang suka bergaduh.

Namun kata Ebit, dia tak terlepas berhadapan dengan orang yang suka mencari gaduh dengannya.

"Saya susah nak benci orang daripada dulu, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan sesiapa.

"Tapi kebelakangan ini orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih," ujarnya dalam nada sebak.

Becerita mengenai dirinya, Ebit mengakui tidak gentar dengan sesiapa sejak kecil lagi.

Sebaliknya kata Ebit, dia yakin segala ketentuan dalam hidupnya sudah diatur oleh Allah.

ebit1

Ramai netizen turut menzahirkan sokongan mereka terhadap Ebit menerusi posting video itu.

"Saya memang tak takut siapa-siapa dari kecil. Saya cuma tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya Allah yang tentukan.

"Saya tak balas pun kalau orang mesej bukan-bukan. Kalau orang ugut pun saya tak balas.

Suatu hari saya dah tak ada di sini, saya cuma nak cakap, saya cuma buat semua ni untuk Allah sayang kita.

EBIT LEW

"Setakat kata-kata saya tak kisah tapi bila melibatkan macam-macam orang kan, saya jadi sedih. Saya jadi sayu," ujarnya lagi.

Menurut Ebit, dunia ini tak seindah yang disangka walaupun dia cuma mahu memberi kasih sayang terhadap insan sekeliling.

Malah katanya, ujian juga datang bersilih ganti sepanjang dia melalui perjalanan hidupnya.

"Dulu saya tak kenal tuhan. Saya jahat, kawan-kawan yang ikut saya pun ramai jahat. Banyak kawan-kawan saya tak kenal tuhan dulu.

"Kita tak jumpa benda-benda macam ni. Tapi bila kita cuba jadi baik, cuba dekat dengan Allah, cuba nak buat dakwah, ujian pun tak berhenti-henti.

ebit2

Nama Ebit kembali menjadi sebutan selepas timbul isu mengenai pemergiannya ke Gaza.

"Kadang-kadang rasa macam kita tak faham langsung. Mungkin ada perkara-perkara yang... suatu hari saya dah tak ada di sini, saya cuma nak cakap, saya cuma buat semua ni untuk Allah sayang kita," ujarnya.

Tambah Ebit, semua rakyat di negara ini tak mengira kaum Melayu, Cina mahupun India merupakan satu keluarga.

"Apa pun bangsa kita agama kita, kita ni semua sebuah keluarga. Saya percaya, kalau tak hari ni, suatu hari nanti dunia ni akan kembali macam zaman dulu-dulu, zaman Nabi Muhammad SAW," ujarnya.

Dalam pada itu, video berkenaan turut dihujani dengan pelabagi komen netizen.

ebit

Kata Ebit, dia tak pernah gentar dengan sesiapa sejak kecil lagi.

Rata-ratanya turut menzahirkan sokongan dan berharap Ebit cekal meneruskan usaha murninya di negara ini.

"Walaupun video lama tapi ni lah luahan hati beliau.

"Kami semua sayang ustaz. Teruskan usaha dakwah ustaz.


"Memang inspirasi buat semua ustaz Ebit ni. Semoga terus berdakwah," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, nama pendakwah itu kembali menjadi sebutan selepas didakwa berlakunya perselisihan faham dengan penyanyi rap Caprice berhubung misi bantuan ke Gaza.

Namun, tarikh video yang dipercayai sudah lama dirakam itu tidak dapat dipastikan memandangkan ia tidak dikongsi di mana-mana platform media sosial Ebit.


1 comment:

Anonymous said...

Kapriiiis tu bangang. Koyak kerana misi nak jejak gaza tak dpt. Konon rasa diri tu org kayangan dgn kabel besar di belakang boleh redah sukati tempat org. Tak dpt masuk gaza...redho jer lah. Jangan koyak dan dengki khianat.
Apa berlaku adalah ketentuanNya.Tak perlu berdengki khianat, tak perlu memfitnah, tak perlu buka aib sendiri. Kalau koyak...ingat pada Nya.
Sekarang apa jadi?!!!
Dari kononnya hero dah jadi zero.
Beza manusia yg ikhlas dan yg ingin disanjung.
Beza manusia yg tak pernah melihat salah sendiri. Suka cari dan menyalah org lain. Orang sebegini memang akan dipandang hina dunia akhirat.
Buat ustaz ebit liew....teruskan lah perjuangan ikhlas anda. Biar Allah swt jadi hakim dan saksinya. Kalau ada mangkuk2 luar sana mengutuk dan mengata, anggaplah ia cabaran seperti mana cabaran para nabi dan rasul pernah lalui. Jangan putus asa kerana rahmatNya adalah pasti.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung