Nuffnang

Monday, September 2, 2024

Lelaki saman hotel selepas alat sulit disengat kala jengking

 


Gambar fail menunjukkan bangkai kala jengking yang melekat pada seluar dalam Farchi. - Brian Virag

LAS VEGAS, Nevada – Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa kehidupannya ‘musnah’ selepas alat sulitnya disengat seekor kala jengking ketika menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku apabila Michael Farchi, 62, bersama isterinya menginap di The Venetian Resort pada 25 Disember tahun lalu. 

Menurut Farchi, dia bangun dalam kesakitan dan menyedari bahawa tangan serta celah pahanya disengat oleh serangga itu. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh peguam pasangan tersebut menunjukkan bangkai kala jengking yang masih melekat pada seluar dalam Farchi. 

“Rasanya seperti pisau tajam atau kaca menikam diri saya,” katanya. 

Pasangan itu memfailkan tuntutan pada Selasa lalu, di mana Farchi mendakwa kejadian ngeri tersebut menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan mati pucuk.

Isterinya juga berkata bahawa hubungan intim mereka semakin terjejas. 

“Kakitangan hotel tidak mengambil serius tentang sengatan itu. Mereka hanya memegang paha saya dan ketawa mengenainya. Ia benar-benar memalukan,” kata Farchi. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung