Nuffnang

Tuesday, February 23, 2010

CUEPACS Bimbang Wanita Kuasai Perkhidmatan Awam

Sebahagian Daripada Kakitangan Wanita
Salam Buat Semua

Kuala Lumpur. KOSMO. (23/2/2010) Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmtan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai
implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Fakta : 3/4 daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatk diisi oleh
wanita. Tahun 1980 hingga tahun 90 an lelaki masih lagi menguasai bilangan sebagai Penjawat awam negara. Bermula tahun 2000 hingga ke tahun ini, bilangan penjawat awam wanita terus menguasai pelbagai jawatan terutama di kalangan pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam semakin bertambah.
Contoh, awal tahun ini semasa pengambilan kadet untuk pegawai tadbir dan diplomatik
daripada 328 calun, hanya 30 orang sahaja lelaki.
Baru baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, nisbah
antara guru lelaki dan wanita sekarang ialah 30:70

Kesimpulan : Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana sebagai pembuat keputusan komitmen perlu diberi sepenuhnya, bagaimana jika wanita ini berkahwin, melahirkan anak dan sebaginya, mereka sudah tentu akan bercuti panjang. Kalau kita lihat kepada statistik kemasukkan pelajar ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam , mahu pun swasta kesemuanya dikuasai oleh kaum wanita. Itulah yang dikatakan akhir zaman.....fikir-fikirkan lah .. kawan kawan semua. Kaum lelaki memang kurang sekarang ini....

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

miliyunir said...

Mas Aji bila nak tambah cawangan, harta banyak, tanah pun banyak, gaji pun tinggi. Bank Rakyat dan dapat, Emas pun dah dpt, Hibah bila lagi ... ? Pei.. jgn marah aa..

Penulis Rindu said...

ok tq Bro. Ana dok tunggu jawapan dari si gadis tu je... sambil menyelam , sambil minum air la....biar lambat asalkan bahagia.
selalu ana dengar lagu " Cinta Mu Mekar Dalam hatiku " Kumpulan MAY

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung