Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, January 31, 2011

Jom Makan Belalang Di Arab Saudi


Belalang yang baru tiba masih fresh lagi...huhu


Sedang membuat tawar menawar di pasar belalang...berapa harganya..ye


Belalang yang di beli di pasar ....


belalang sedang di goreng..yeah...umphhhh


Ha tu dia ..pak arab dok goreng belalang


Belalang yang telah siap di goreng dan sedia untuk di jual..

salam buat semua..

Hari ini penulis ingin menceritakan berkaitan makan belalang di Arab Saudi pulak..selepas jemu makan kambing , mungkin darah tinggi kut. pak arab tukar selera depa makan belalang pulak ye...huhu..

Bolehkah kita makan belalang, boleh , kita boleh makan belalang..tapi kita tak biasa makan, sebab tu lah ,kita macam tak lalu makan je..hehe..aku pun tak lalu makan..di Arab Saudi banyak belalang kut..sebab tu mereka makan belalang..macam makan ..ikan bilis dan kentang goreng je..hehe..

Blogwalking dengan Pantas




1-10



1. Senaraikan blog yang korang pasti atau yang korang minat sebanyak 10 buah
2. Ambik alamat url...nya
3. Masukkan link tersebut pada link yang berwarna merah......dah siap
4. Terus copy code tu...masukkan dalam post anda...
5. Sapa mahu sila follow saya dan su manja ye..hehe..free je tau

Terima kasih Su.Manja ..saya cuba nie...

Saturday, January 29, 2011

Blogger perlu Kreatif dalam Berblog


Salam buat semua..

Kalau kita nak berjaya dalam apa apa pun bidang kita perlu betfikir secara kreatif dan inovatif. Berfikiran kreatif akan menunjukkan kita mempunyai idea dan imiginasi yang membina dalam memantapkan blog ..perkara ni yang pening kepala aku..nak fikir dan dan menulis bagi memudahkan pembaca memahaminya...ini yang susah..

Penulis yang kreatif pula kena berinovatif dalam penulisannya...apa banyak tif la pening. ..senang cerita...bagi mengkreatifkan penulisan blog, blogger perlu banyak membaca dan melihat alam sekeliling serta banyak berjalan jalan..dan rajin buat blog walking.. ada blogger yang nak kretif suka dengan cerita seks...puncanya ialah blogger nak up traffic la tu..huhu..semua pakat pakat pi kat jenguk blog dia ye..

Menjadi blogger ni kadang kadang kita rajin dan kadang kadang kita malas..tapi penulisan dan n3 baru harus di pamerkan, perlahan lahan la..kalau jemu kita rehat 2 atau 3 hari..baru kita sambung buat penulisan pulak ye....aku pun kadang kadang malas juga seketika ....

Friday, January 28, 2011

Peluang Baik Utuk Blogger..Ada Wifi Nanti kat.....restoran



Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam. KOSMO

Ulasan..Kita sebagai blogger yang sebuk dengan kerja dan line beruk band selalu bermasalah..boleh lah pergi ke retoran untuk berblogger disana..sekarang ni pun ada dah..kita gunakan manfaat ini sebaik mungkin bagi memantapkan serta mengemaskini blog kita.

Di Pulau Pinang pihak kerajaan negeri telah mengenal pasti tempat tempat yang strategik untuk proses pemasangan Wifi Rakyat..hebat kan...sebelum balik rumah kita masih sempat lagi untuk berblogger.

Thursday, January 27, 2011

Ku Merasai Kehidupan Sebagai Nelayan...


Bekalan yang aku bawa,Bot Pukat dan Injin Mercury 60 Kuasa kuda..Power Beb...



Udang besar yang sekilo harganya RM 70.00 di pasaran musim Perayaan Tahun Baru Cina..Memang best untuk di makan..kalau di restoran seekor RM 10.00 je


Hasil tangkapan kami..keseluruhan udang ketam dan ikan..

Salam buat semua..

Semalam ..hari Rabu penulis telah pergi bersama sama ahli nelayan dari kampung Tel;uk Air Tawar , di Butterworth untuk turun ke laut. Aku cuba menyelami dan menyingkap kehidupan mereka seharian..Aku duduk berbincang dan berbual dengan mereka semasa aku menjalani kehidupan sebagai nelayan. Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, ianya telah menjadi lumrah kehidupan seharian.. bagi aku yang sekali sekala turun kelaut ni terasa lenguh lenguh sedikitla.

Kami keluar seawal jam 7.00 pagi dengan berbekalkan nasi lemak dan air bagi sarapan pagi dan tengah hari. Bukan senang untuk mendapatkan sekilo udang besar di musim Perayaan Tahun Baru Cina ni..harganya mahal di jual pada peraih Ikan RM 50 manakala peraih jual pula Harga RM 65..kalau sehari sebelum Hari raya Cina harganya mencecah RM 80.00 mak ooi..yang untung ialah peraih..yang hanya modal Ais dan duit sedikit...pelanggan telah sedia ada menunggu di kuala sungai.....yang menjadi masalah ialah kebanyakan nelayan selalu berhutang dengan peraih..mahu tidak mahu mereka kena jual pada peraih tadi, kerana hendak bayar hutang..sampai bila pun tak habis...kehidupan nelayan macam ni la..injin rosak, anak masuk IPT, yuran sekolah, pinjam dahulu pada peraih..dapat hasil kena juala padanya...persatuan kekurangan modal dan pengalaman mengurus..itu je..cukup buat ari ni

Tuesday, January 25, 2011

Kita Naik ..Monorail....Makah ke Arafah...








Salam buat semua..

Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari Mekah ke Padang Arafah hanya makan masa 20 minit sahaja...tapi sayang buat masa ini..ianya khas untuk penduduk Makah sahaja..mungkin setahun , 2 lagi dibuka kepada jemaah dari negara lain .Tahniah pada Tok Arab..dengar cerita teknologi ini ..di bawa dari The China Railway Company..hebat ye..Dalam masa sejam boleh mengangkut seramai 72,000 jemaah haji..
Panjang landasan keretapi ini ialah sejauh 18.1 kilometer, yang melalui , mina, muzalifah dan Arafah..seramai 5,000 pekerja telah berjaya menyiapkan..landasan keretapi ini.

Monday, January 24, 2011

Perubahan Iklim Di Utara Semenanjung


Binatang pun panas..nak sejukan badan...

Salam buat semua..

Ya sudah hampir 2 minggu hujan tidak turun...selalunya pada bulan Dis Hingga Mac kawasan utara akan menerima perubahan iklim yang dikenali monsun timur laut.

Ciri-­ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

Pada musim ini ada beberapa perkara akan berlaku dengan izin Allah..yakni...akan terjadi kekurangan hujan...cuaca yang kering..dan terjadilah kemarau. pada musim ini juga akan berlaku beberapa perkara :

1. Daun pokok getah dan pokok pokok yang lain akan luruh
2. Pokok pokok buah buahan akan mengeluarkan bunga.
3. Pepohon padi akan menguning dan dituai.
4. Malamnya dingin seperti air cond..kalau rumah papan la..rumah ibu aku ..rumah dinding bata panas juga.
5. Binatang binatang akan mencari sungai untuk menyejukkan badan.
6. Tibanya musim mengawan...sebab sejukk
7. Musim menimba ikan darat di sungai yang kering
8. Banyak lagi la....banyak nak tulis ni

Selalunya setibanya bulan awal Mac hujan akan turun membasahi bumi..dengan izin Allah...apa yang aku tahu ialah sebab aku berkebun dan berkawan dengan pesawah semenjak dari kecil lagi...itulah keindahan alam milik Allah......

Sunday, January 23, 2011

Sempoi dak ...Hasil Keluaran Kelapa Sawit



salam buat semua..

Hari ini hari minggu kebetulan aku ..tak ke mana mana ..maka hari ini..aku duduk memikirkan kan apa yang hendak buat hari ini...oooh ya..kita buat n3 cerita hal pokok kelapa sawit...Pokok kelapa sawit ni banyak kegunaannya disampig..buah nya..disini aku huraikan sedikit demi sedikit...

Buahnya..diproses dan dibuat minyak kelapa sawit untuk bahan memasak...masak apa apa la..Pelepahnya.. buat makanan lembu dan kambing..kalau lembu dan kambing makan..pergh pasti badan dia tembun dan berlemak..hehe.sebab..bapa saudara aku bela lembu la..dia bagi makan daun kelapa sawit la..


Sempoi dak ...Batang Kelapa sawit buat Perabut.

Batangnya..biasa la..buat titi..dan paling special sekali ialah buat perabut..seperti di gambar..ini adalah teknologi yang dihasilkan oleh pekilang kita.. menurut Persatuan Pekilang Perabut Malaysia ..perabut kayu kelapa sawit ada potensi besar di masa hadapan daripada jumlah itu, Persatuan berharap 20 peratus bekalan sumber mentah industri perabot datang daripada batang pokok kelapa sawit pada masa depan.

Mayangya setelah di proses dan telah berjaya menghasilkan kertas dan beg kertas hasil dari bahan sisa buangan kelapa sawit..itulah yang meyebabkan pekebun pekebun berlumba lumba menanam pokok kelapa sawit sekarang ni...anak poko kelapa sawit harganya RM 15...kalau 1000 pokok harganya sudah pasti RM 15,000 jadi aku tak jadi taam lagi...dan aku tanam pokok getah dulu la...hehe..cukup buat hari ni

Saturday, January 22, 2011

Rugikah Untuk Mengukir Senyuman.....?


Salam Buat Semua..

Hari ini dan semalam aku rasa kecewa..apabila aku.. pergi ke kedai minyak untuk mengisi minyak keretaku yang hampir habis , sebelum tu aku singgah untuk mengambil wang di Bank, yang kebanyakan kakitangannya Orang Melayu Islam.. apa yang menyedihkan..kenapa mahal sangat nak senyum..dan bertegur sapa...bukan aku nak ngorat pun...kalau kamu senyum...syarikat kamu yang untung ,sebab satu senyumam sebagai satu aset sebuat syarikat atau Jabatan Kerajaan , malah ianya menjadi buah mulut setiap pelanggan yang hadir ketempat kamu rugilah syarikat kamu, Kalau kami tak berpuas hati kami akan bercakap sesama sendiri, maka ramai orang kurang berurusan dengan kamu ,lainlah pejabat Kerajaan, hang senyum ka ,masam muka ka...pasti kita kena megunakan perkhimatan mereka..tahulah pejabat mana...berubahlah wahai cik kak ooi....

Apa yang pelik semua syarikat swasta dan Jabatan Kerajaan yang berurusan dengan ..orang awam..masih bersikap begini...dulu aku pernah komlain perihal seorang Eksekutif bank yang sombong..aku hantar surat terus pada GM...Pengurus Besarnya..di Kuala Lumpur ..3 hari je...Manager bank yang berkaitan datang jumpa saya..terus minta maaf...aku bukan orang besar dan berpangkat..tapi..kamu kena sedar akan ...istilah "Customer Is King"..pelanggan itu Raja segala galanya...wahai rakan sebangsa dengan ku berubahlah demi untuk kemajuan sayrikat kamu dan bangsa kamu...cukup buat hari ni...

Friday, January 21, 2011

Alor Star ..Di Waktu Malam....


Cahaya lampu menyinar setelah di sinari oleh lampu kereta....


Gambar pokok yang dihiasi lampu hijau...cantik.


Gambar pokok yang dihiasi dengan lampu berwarna..warni


Suasana malam yang lebih menyerikan lagi Bandar Alor Setar.

salam buat semua..

Minggu sudah saya berada di ALor Setar selama 2 malam , atas urusan ..aku jalan dengan kawan kawan, selepas makan di kedai Nasi lemak Hj Ali..kena beratur...kami balik he hotel dan singgah di hadapan dataran Alor, yang kebetulan depan Masjid Zahir. Indah sungguh malam ni , dihiasi dengan pokok pokok yang bergemerlapan sinari cahaya. Ini semua adalah bagi menyambut hari Keputeraan Sultan Kedah pada 16 Januari Yang lalu. bagi ornag Alor Setar bolehlah mai tengok....

Thursday, January 20, 2011

Apa Makna.Traffic Tinggi.kalau Tak Iklas...


salam buat semua...

Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic ke blog mereka..perkara ini telah lama mereka lakukan ..sebab tulah blog mereka ..sehari..traffic sampai 1000 lebih..kita pun naik hairan..apalah ada pada trafic yang tinggi kalau kita di benci orang..

Bagi penulis biarlah kita secara sederhana dalam berblogger. Mulakan dengan perlahan dan kita cari pendekatan yang bijak dalam berblog. Kita perlu tanya pada diri kita apa matlamat kita berblog..nak kaya, nak syok sendiri, kepuasan diri atau lain yang kita fikirkan. Jangan jadikan diri kita sebagai tamak dan gelojoh..bersederhana sudahlah .bagi saya..macam biasa...blogger semua boleh lah cari da buat lawatan di blog Pendekar berkuda..dia ada contoh ye... bagi penulis suka pendekatan yang sederhana ibarat kata hikmat orang tua tua.. " sehari selembar benang lama lama jadi kain "..bila kita di benci orang...buruk padahnya...orang pun tidak mahu datang ke blog kita...adios...ya beb....

Wednesday, January 19, 2011

Persediaan Memburu Ikan Tenggiri

Salam buat semua..

Penulis hari ini ingin melahirkan rasa rindunya di lautan, yang menyimpan kazanah laut milik Allah. Aku telah buat tempahan dengan tekong bot Dulang, Yan , kedah semalam untuk xpdc satu hari aku di tengah laut. Kami di jangka akan pergi dalam bulan Febrauri ni.. teknik dan persediaan kami adalah macam nie..:


Haha..gaya seorang Pemancing.....


alatan memancing yang aku selalu bawa..


Ini Adalah Teknik , hanyutan belon dengan umpan hidup....


Ikan yang telah berjaya di pancing

Selalunya dalam bulan Dis hingga Mac Ikan tenggiri , banyak dekat perairan Pulau Payar hingga Ke Pulau Pinang.. aku naik bot pergi di antara Pulau Payar dan Penang..dok di tengah tengah..Kami pi Bawa beras dan kari je..sampai sana kami masak..bila dapat Ikan...fuh memang best..la...

Tuesday, January 18, 2011

Mari Kita Lihat...Di Mana Silapnya....


Gambar ini..baguih punya demontrasi..tapi tulis Condom..ape hal ni.. Condem kut..hehe


Adakah restoran beroperasi 25 jam sehari..hahaha
Gambar kedua..Tulis Mc Donald tapi jual barang yang lain..hehe


Kita lihat gambar sebelah...chick Point atau Check Point...
gambar satu lagi habis jahanam kereta baru..akibat..tidak melihat had ketinggian treller..

Monday, January 17, 2011

Kreatif...Kedai gunting rambut dalam lori


MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.

TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama

Kalau hendak berjaya dan cari wang..kita kena kreatif ye...jadikan lah diri kita sebagai manusia kreatif...

Sunday, January 16, 2011

Basikal Tua Bapaku........


Pinjam dari google je

Salam buat semua...

Petang tadi ..aku terlihat sebuah basikal tua di atas..jalan teringat aku ... basikal tua ayah aku. Ini cerita semasa aku kecil dahulu...basikal tua ni lah aku mula mula belajar naik basikal...kaki masuk kat dalam celah palang tu ...dan tangan pegag handle...fuh..mula mula rasa takut la...selepas 2...3 hari dah cekap ..huh ..terus kayuh laju laju...

Basikal tua ni sebagai kenderaan kedua selain dari motosikal.. buah kelapa semua diangut dari dalam kebun keluar dengan .basikal tua nilah...abang abang aku ke sekolah dihantar dengan basikal tua nilah...sebab zaman aku dan adik aku kami naik motosikal...
Tok Wan aku pun ada basikal tua ni..dulu beli RM 150. je...sekarang ni kalau dah berkilat dan brand mahal seperti Religh, atau Herculis.ke sampai RM 2,000 pun ada orang jual...basikal antik.huhu...
Sekarang ni Mat Pakistan dok bawa naik basikal ni ..jua kain dalam kampung2..kawan aku ada beli sebiji ..semasa pejabat pos baut tender jua basikal ni...aku cuma pakai moutain bike je...round kat ..kawasan tempat aku..exercise.. la..hehe..

Saturday, January 15, 2011

Memiliki Kereta Volkswagen Beetle Sebagai Hobi..


Aku Ambil kat Google

salam buat semua..

Dulu 10 tahun yang lalu aku pernah memiliki kereta Volkswagen sebagai hobi..kereta ni memang best bagi aku kerana tak payah guna air..hehe..sebab dia guna alternator dan belting je..mula aku beli dulu harga dia RM 700 je..tak boleh jalan...dan aku baiki sedikit demi sedikit dan aku tambah lagi RM 800 baru boleh jalan...

Mula mula aku kahwin aku pakai kereta ni la..ulang alik dari B worth ke Yan.. dua minggu sekali...kereta ni memang best.. minyak safe..dan tak panas la ..walaupun tak ada air cond.. kereta Volkswagen yang aku pakai ni tahun 1969...namanya Volkswagen Beetle.. kereta ni aku spray cat baru warna merah ....fuh cun la...orang kampng usar je...dia kata apa la mat ni orang pakai kereta baru ..dia pakai kereta lama...bagi aku..kereta ni meninggalkan nostaljia untuk aku dan isteriku...aku pernah bawa kereta Volkswagen ni dari B..worth ke Klang..Selangor..caya tak.itulah hebat ye kereta ni ...tapi apa bila ...ada orang minat kereta aku ni aku telah jual dengan harga RM 3500...sekarang ni nak beli RM 18,000.ke atas, kalau ada duit lebih aku nak beli balik lah kereta Volkswagen ni... sebab aku beli kereta Proton wira baru .huhu..sedihnye..

Friday, January 14, 2011

Boleh ke..Study Sambil ...Blogwalking


Salam buat semua..

Pergh pening kepala dibuatnye.. exam dah dekat ni..buku ..baru mula nak baca...blog pun nak kena up date.macam mana nak buat ye... .c box nak kena balas...nanti ...blogger lain kata kita sombong pulak ye...

Kadang kadang blogger kita mengambil pelbagai pendekatan dalam membahagikan masa untuk berblog dan juga membaca buku....kita ambil masa 1 jam untuk up date dan balas ..kunjngan sahabat..dan yang lainnye tu..kita baca buku la... saya ..kadang kadang lihat kesian kat rakan blogger..ada yang sampai jam 2 hinggaa 5 pagi masih lagi berligar dan begelut dengan blog dan juga Facebok..Abu luqman..buat raound malam ke..dak aih.kita tengok pesanan di c box yang di tinggalkan..tarikh dan masanya la.....makasih kepada yang sudi datang...balas tetap balas ..lambat dengan cepat je... cukup buat ari nie..hehe

Apa pun semua rakan blogger baik baik belaka ye... sehari dua ni ..penulis sebuk sikit dengan tugas seharian.....bw pun slow la...lambat balas...

Thursday, January 13, 2011

Masih ada Tandas tidak terurus dan kotor


MELAKA: Kemudahan tandas awam di perkarangan Makam Hang Tuah, Tanjung Kling, di sini, yang berada dalam keadaan tidak terurus secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada orang ramai setiap kali mahu menggunakannya.

Ini berikutan, selain keadaan dalam tandas yang tidak dijaga dengan sempurna, kedua-dua pintu tandas di situ turut didapati sudah rosak kerana ia tidak mempunyai tombol atau pemegang yang boleh dikunci dengan elok.


Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ismail Ahmad, 30, berkata, dia berasa amat teruja sebaik menjejakkan kaki ke Makam Hang Tuah berikutan ia tersimpan sejarah silam pahlawan Melayu terbilang.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik keistimewaan sejarah silam pahlawan terbabit, dia agak kesal apabila kemudahan tandas awam disediakan di lokasi pelancongan itu didapati tidak boleh digunakan pengunjung akibat tidak sempurna.


“Tanpa diduga apabila mahu menggunakan tandas awam berkenaan, saya mendapati kedua-dua pemegang pada pintu tandas itu sudah tiada mengakibatkan timbul rasa bimbang mahu menggunakannya.


“Selain itu, saya juga mendapati keadaan dalam tandas awam ini agak kotor dipercayai mungkin tidak dijaga dengan sewajarnya. Keadaan itu membuatkan saya tidak berkesempatan menggunakan kemudahan awam berkenaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk melegakan diri,” katanya.

Ulasan: tandas sepatutnya bersih dan tidak kotor bagi memudahkan orang ramai buang air ..kalau saya masuk tandar kotor tak jadi buang air..pergh..apa la manusia ni.depa memang pengotor kut..tapi bila dah bayar dan tempat pelancungan mestilah dijaga serta dibersihkan...ni tidak dibiarkan je..

Wednesday, January 12, 2011

Sekali Ombak memukul pantai, Sekali tu pasir berubah


Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila berlaku peristiwa .... seperti beting pasir dipalu ombak dan sekali pasirnya berubah. Maksud: Sekali air ombah, besar/bah, maka tepian mandi, pantai ikut berubah, walaupun berubah, perubahannnya hanya di sekitar tempat itu juga. adakah kita terkena tempias ini...?

Dewasa ini kita di sajikan dengan cerita..cerita yang tak masuk akal dan memualkan ..pagi pagi buka akhbar cerita Kes rogol anak, rogol cucu...rogol teman wanita biasalah tu..sekarang pula cerita pembunuhan yang menjadi jadi..apakah kita tidak takut dan sedar di atas apa yang berlaku..amankan negara kita..

Sekarang ni budaya luar pula dibawa masuk oleh pelancung dan pendatang asing, pelancung asing kalau kat Batu Feringgi ke, atau kat mana mana..beromen itu biasalah bagi mereka.. maka ia telah menjadi ikutan anak muda kita...sampai tak segan silu ...beromen di tepi jalan..malah yang terkini ni aku meluat bengan telatah Fasya Sanda..memalukan orang melayu Islam saja..pakai bikini, bagi mereka berbikini diluar negara perkara biasa dan tak apa ...itulah yang dikatakan keberhasilan dari perpindahan budaya asing yang telah diterap dan diambil guna.. oleh anak muda masa kini..dan mereka berjaya dalam memesongkan kita.....mana dia Islam Haddari dulu dah tenggelam...itulah yang dikatakan Rakyat mengikut Agama pemimpin mereka....kalau pemimpin hebat dan tawaduk kepada Allah ..insyallah rakyat semua ok...cukup setakat hari ini...

Tuesday, January 11, 2011

Kelapa Oh Kelapa..kenapa santan mu mahal


Salam buat semua

Penulis ingin berkongsi mengenai kenapa jualan kelapa naik dari harga biasa.
Dulu buah kelapa gugur dari tandannya begitu sahaja dan dibiarkan , kadang kadang sampai tumbuh dekat perdu pokok kelapa. Dulu di kampung Ayah saya di Bagan Datoh ,Perak, merupakan pengeluar kelapa yang terbesar Malaysia, kini tiada lagi hanya tinggal nama je.. pokok pun dah tinggi menyayup.. nak kait pun susah beb.

Ayah aku merupakan seorang pembuat kelapa kopra ( kelapa kering ) untuk memroses minyak, ramailah pekerja dahulu..aku pun tolong bapa aku kutip buah kelapa. yang seluas 15 ekar..sekarang ni kebun kami , abang aku ambil alih ..at last ..kerana ramai anak watan berhijrah ke Kuala Lumpur .abang aku pun berhijrah tinggal kat Ipoh dan berniaga jual santan kelapa, maka kebun kelapa di Bagan Datoh, Perak tinggal begitu sahaja..jadi hutan abih...kalau ada pun lani pekerja pakai Indon dan Bangla je

Kelangsungan dari tiada pekerja dan pokok yang tidak ditanam semula..maka sebab itulah harga kelapa tinggi sekarang ni. Malah ada beberapa faktor lagi yang boleh di rungkai disini.
1. Pengusaha jual kelapa muda
2. Buat minyak kelapa dara
3. Buat santan.
4. Buat kelapa kering..untuk biskut..

Sekarang ni permintaan begitu tinggi, kalau musim kenduri atau bulan ramadhan janganlah cakap..sekarang ni pihak MPOB ( Lembaga Kelapa Sawit Malaysia ) telah berusaha mencipta teknologi untuk mengeluarkan santan dari kelapa sawit..kita tunggu dipasaran ye...sekarang ni...bila terdesak kita impot kelapa dari Indonesia..

Monday, January 10, 2011

Skim Jualan Langsung..Yang meruntun Semangat Aku...


salam buat semua

Hari Ini penulis ingin berkongsi Ilmu mengenai Jualan Langsung atau di kenali MLM (Multi Level Marketing..) beberapa tahun yang lalu. Aku diperkenalkan oleh seorang kawan yang telah menyertai MLM sebelum aku..dalam istilah dipanggil nama sponser.
Aku dan Isteri pun masuk lah ..mula mula kami di terangkan mengenai Marketing Plan..fuh nampak memang hebat..kalau banyak sponser orang dan buat jualan memang berhasil.. kami setiap seminggu sekali kena pi meeting dengan kami punya up line dan group yang lain..

Mula mula ok la.. lama lama dah naik tangan dan berkembang maju..meeting pun kerap dan balik malam sampai jam 12 hingga 1 pagi..anak yang kecil ditinggalkan kat Ibu..lama lama aku rasa bersalah kerana mengejar sesuatu yang tak pasti..kadang kadang meeting masa waktu magrib..dan solat pun kadang kadang lewat , bukan aku ni alim sangat tapi dah biasa solat awalkan.. satu hari apa bila tiba masa kemuncaknya pendapatan pun nak bertambah aku punya Up line buat hal..dia bagi duit kurang , mula lah aku dan kawan kawan angkat kaki.. MLM ni bukan tak bagus tapi up line yang menghancurkan semangat aku..sekarang ni kau punya bisnes hancur punah..

Lepas tu aku masuk yang lain pula...ni up line ok..dan.. kena pi meeting kerap pulak..maklumlah, cerita mula hebatkan..sonang dapat wang..at last apabila aku congak pi congak mai...keluarga dan anak anak berterabur dan tak terurus aku stop sampai la ni la..
Itu pun ada orang nak sponser lagi.. aku pun tak tau pasai apa depa cari aku..mungkin aku pandai meng_ayat kut..hehe ..sekali lagi MLM ni bagus untuk orang yang mahu adventur dan boleh remeh temeh..dan tahan untuk balik jam hingga 2 pagi..aku bersyukur dengan apa yang ada lanie...makan dan minum cukup ..untuk keluarga..dan cuba kurangkan hutang..yang penting jiwa mahu tenang je...

Sunday, January 9, 2011

Wahai Rakan Muda, Jangan abaikan Hidup kamu


Tenguk tu kalau naik motor sorang sorang tak pela..ini dengan awek pula..


Awek tu tak takut ka...seronok pulak dia..kalau jatuh muka , bercalar.tak laku pulak.

salam buat semua..

Hari ini Orang Kampung ingin menceritakan perihal anak muda bawah 25 tahun..janganlah kamu abaikan kehidupan kamu....kita jadi remaja hanya sekali sahaja , maka ambil lah peluang yang sekali ini menjadi sebagai orang muda yang dipandang mulia oleh masyarakat. Orang kampung pun remaja juga dulu...pun biasa nak motor laju 2 hehe...bawak awek tak pernah la..tapi dengar nasihat Ibu ...maka org kampung pun berhentilah..


Ini kisah mat ragut yang kena balun dengan orang ramai, yang tengah marah


sebahagian dari mat ragut yang kena pukul oleh orang ramai , menangkap mereka semasa meragut...

kesimpulan....kisah mat ragut dan mat rempit ini...adalah kerana mereka ini berkawan dengan orang yang ,memang kihidupan mereka sebegitu dan juga ikut kawan kawan.kadang kadang kawan tu memang ambil dadah , itu yang lebih parah..dalm kes ini Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menasihati anak anak kita sendiri..anak anak kita, kalau diberi didikan dengan baik insyallah elok lah dia....ini nak ajar pasai seks..kat sekolah...fuhh..tak tahu nak cakap la.....

Saturday, January 8, 2011

Catriona Ross Disuruh Buka Tudung


KUALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.

"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.

Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.

"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.

"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. MSTAR onlie..

Malang sungguh nasib artis, baru saja hendak mendapat nur iman dan ubah cara hidup lama dan berjinak nak pakai tudung, sudah di suruh buka tudung pula. Semoga Allah memberi kekutan kepadanya..

Thursday, January 6, 2011

Apa lagi Yang belum Naik.....? Tenung 2 kan lah...


salam buat semua...

awal tahun ini kita dikejutkan dengan barang barang keperluan yang naik mendadak...
ada yang naik sekali ganda dan ada yang naik sedikit demi sedikit...

Gula dah Naik sampai RM 2.40 sen sekilo
Ikan Kembung kadang kadang naik RM 10.00 itu yang kecil
Bawang Merah dulu RM 2.00 sekarang naik sampai RM 4.00.. 100% naik
Kalau minum teh tarik dulu segelas RM 1.00 sekarang RM 1.20 hingga RM 1.50
Dengar kata minyak masak dah habis..tunggu masa je..nak naik...kan..

Puncanya.....
Bila minyak naik Ron 95 RM 1.90 manakala Ron 97 RM 2.40
Tambang bas pun naik....anak anak ke sekolah kena bagi duit saku lebih.. lani sekolah rendah RM 1.00 tak ade dah semuanya naik RM 2.00 dan sekolah Menengah RM 5.00.. seorang beb...kalau 5 kira sendiri la..

Yuran Sekolah.........
Yuran sekolah kena bayar..PIBG pun Kena bayar...buku sekolah lagi...baju ,kasut,bag sekolah.tambang bas..dll huhu..
dalam perkiraan saya ...seorang anak ke sekolah koman koman pun RM 300 seorang .kalau
anak 5 ke sekolah, bermakna ibu bapa kena siapkan RM 1,500 setahun..
ini belum lagi Road tax dan insuran kereta...

Marahka..ABu Luqman.!!!.tidak marah...nanti kena jual hehe.inilah realiti hidup Kemajuan di utamakan kesusahan kita (Rakyat ) di dahulukan..huhu...

Yang Tak Naik Gaji Kakitangan Awam dan Swasta dok macam tu je... tak apelah..buat lah apa yang patut...bila agaknya nak dapat pemimpin macam Khalifah Omar Bin Abdul Aziz ye..duduk rumah pu macam orang kampung..bisa je..kenderaan pun tak ada...huhu..

Award Blogger Harapan



salam buat semua..hari ini Abu Luqman ingin memperkenalkan..sahabat blogger kita yang berjaya mencapai target 300 follower dalam masa kurang dari 3 bulan sahaja..tahniah diucapkan kerana dia sanggup terima cabaran dari Abu Luqman..semoga teruskan dengan usaha anda ye, Cazari ...dulu mula mula dia berasa malu..sekarang sudah ada peningkatan...selamat berjaya cazari...

Ni Ada award untuk awak.........



Award nie di terima dari Seoarang sahabat dari Lubnan..semasa tu dia bertugas di sana, sekarang ada kat Malaysia...


Blogger blogger baru yang berminat sila amik ye....dari abu Luqman..just say TQ and Follow je..

Wednesday, January 5, 2011

Adakah Istilah Suami Rogol Isteri dalam Islam ?



Salam buat semua , Hari ini penulis ingin bertanya adakah istilah Suami merogol Isteri dalam Islam ?. Cuba kita lihat sedutan kes yang lalu.

Kes 1
Disember 2010 .Mahkamah Majistrit kangar melaporkan bahawa..seorang Juruteknik tidak mengaku salah mencabul dan mencederakan isterinya yang tinggal berasingan sejak 2 tahun yang lalu.

Kes 2
Mac 2010..Mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur mendedahkan ..Isteri mangadu suaminya menagajak ia melakukan seks diahadapan kemera untuk..tatapan orang luar. Kes Gila

Kes 3
Jun 2008 Mahkamah Mejistrit Air Keruh..melapurkan seorang suri rumah mengadu suaminya melakukan hubungan seks tanpa kerelaan hatinya.. Tertuduh minta dibicarakan.. haru ye..

Kalau kes ini dalam mahkamah syariah memanglah bukan kes rogol..tapi mereka ini mungkin dalam proses penceraian kut..dan si isteri tak rela ,mengadakan hubungan dengan suaminya..kerana marah kat suami kut..

Menurut pakar motivasi pembinaan diri dan pemikiran dan pakar pemikiran kreatif dan lateral, Datuk Jaafar Abdul Rahim berkata, dalam sesebuah perkahwinan apabila seseorang wanita sudah diijab kabulkan, suami mempunyai hak penuh ke atas isterinya.

Beliau memberitahu, seorang lelaki itu halal untuk meminta hubungan seks daripada isterinya melainkan dalam keadaan-keadaan yang dilarang.

Dalam permasalahan tersebut, beliau mengajak orang ramai agar memahami konsep hak dan segala pertimbangan dalam kehidupan, perhubungan dan rumah tangga.
Dalam hukum syarak, tidak ada istilah yang boleh menghukum seorang yang sah bergelar suami sebagai pencabul atau perogol.

Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengikut prinsip-prinsip Islam, seorang suami tiada halangan untuk mendampingi isterinya. Lelaki hendaklah mendatangi isterinya dengan lemah lembut.

“Jika isteri tidak bersetuju untuk mengadakan hubungan kelamin, dia boleh memohon perintah tegahan sementara di Mahkamah Syariah,” terangnya ketika dihubungi.

Perintah tersebut menurut Fakhrul, boleh dipohon sama ada oleh seorang isteri yang ingin menuntut cerai atau sebaliknya.
Menyentuh isu isteri mendakwa dicabul suami, Fakhrul menjelaskan, pasangan Islam yang telah berkahwin tetapi tidak tinggal sebumbung masih boleh bersama dengan syarat mendapat persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.

Bagi hubungan intim, suami perlu mendapatkan persetujuan isteri terlebih dahulu dan memintanya secara baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham. Sumber Rencana..KOSMO

Nota : Setelah memmbaca dan meneliti kes..kadang kadang kesian kat si isteri ye..huhu....tak kan orang lelaki semua macam tu..dak aih... kami ok kan...setakat la isteri tak kompalain pun...sayang lagi ada..hehe

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung