Nuffnang

Sunday, January 1, 2012

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan



Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

[Baca berita penuh]

14 comments:

Penulis Rindu said...

takkan dengan pelajar pun nak pukul sampai mati

Lydia Miza said...

sedih tgk pelajar ni berlumuran darah

a loqman said...

studen bukan ada senjata..fikirlah wahai polis

thomas said...

Pengganas ke dia org ni,FRU penuh dgn kelengkapan.

Seri Bahasa said...

sudah tentu ada dalang di sebalik demonstrasi tersebut...tak cukup ke negara aman...kalau nnt jadi mcm negara timur-tengah padan muka...

Penulis Rindu said...

ada yang mereka tak puas hati la tu..

zulkbo said...

salam..
selamat tahun baru 2012 Bro..
harapan tahun ini lebih success dari tahun sebelumnya..

harapan ada penyelesaian segera isu
pelajar2 ini..lambat laun bangsa kita juga yang rugi bila bertelagah sebegini

Unknown said...

salam ziarah.. :).. nape berat benar blog ni ye..huhu..

a loqman said...

biasa je bro...internet..slow kut

Cik tikah said...

mcm2 la skrg ni

Ayie Abas said...

ada laa dalang yg hasut pelajar2 ni...mereka ni hanya jadi 'buah catur' pihak2 yg berkepentingan jahat. mungkin juga pihak tu dtg dari luar negara...yg mahu lihat negara ini huru-hara dan tak aman.

abu luqman said...

apa pun berbincang dulu ye..baru sepakat

Muhammad Adri Bin Zawidon said...

sebgai mahasiswa/siswi sepatutnya bawak tauladan yang baik ..aduhai ,malu3 ..!

Jeff said...

takkan dengan pelajar pun nak pukul sampai mati

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung