Nuffnang

Monday, March 5, 2012

Derita Memakai susuk



SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.

Berkubang buang susuk

KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan. Hmetro

13 comments:

Penulis Rindu said...

cukup sekadar anugerah allah

Unknown said...

alhamdulillah.. skurang2nya diberi peluang untuk bertaubat...

mirmashi said...

xsangka susuk jadi amalan lagi . huhu .

gnesop.com said...

kecantikan luaran tidak kekal selama-lamanya
kejarlah kecantikan dalam :)

ciksukaberangan said...

alhamdulillah. dapat hidayah ^^

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah dah sedar...pasni harap tak ada dah yg akan pergi mcari susuk..wpun memang akan ada...

Penulis Rindu said...

susuk adalah kecantikan sementara

Cheqna said...

Semoga dijauhkan daripada keinginan mengubah atau menggunakan susuk dan sebagainya untuk keindahan yang luaran.

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah yang sempurna dan terbaik.

:-)

Yana Halim said...

Alhamdulillah sempat sedar ...

نورعيم said...

alhadulillah dia dah sedar.

mcm ni la kalau org tak bersyukur dgn anugerah Allah.

ratusiput said...

byk lg cara lain ble tarik pelanggan kan.amal surah waqiah pun sgt2 amazing kekuasaan Allah...

roha said...

sapa2 yang pakai susuk tu cptla bertaubat...

Penulis Rindu said...

betul tu..cepat cepatla bertaubat......

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung