Nuffnang
Wednesday, March 7, 2012
Monorel Pertama Di India Jalani Ujian Teknikal..Kepakarannya di bina Oleh Rakyat Malaysia
MUMBAI: Syarikat Malaysia, Scomi Engineering Bhd, baru sahaja selesai menjalankan ujian teknikal terhadap monorel pertama buatan mereka di antara Wadala dan Bhakti Park dengan jarak 2.2 kilometer (km) di Mumbai, India hujung minggu lalu.
Ujian teknikal tersebut dijalankan terhadap empat gerabak bagi memastikan struktur awamnya kukuh.
Ia secara tidak langsung membuktikan teknologi rel yang dibina oleh Scomi telah berjaya mengurangkan kos pembinaan, masa yang diberikan untuk membina sistem rel di negara tersebut serta memberikan keselesaan kepada pengguna.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Presiden Kejuruteraan Scomi Antarabangsa India, Kanesan Veluppillai berkata ujian teknikal berkenaan penting bagi pihak yang berkepentingan dalam projek ini disamping mencapai objektif menyiapkan fasa pertama projek monorel di Mumbai pada tahun ini.
“Kami yakin dengan wujudnya Projek Monorel Mumbai ini akan memudahkan penduduk di Mumbai berulang-alik dengan menggunakan sistem pengangkutan yang lebih selesa dan selamat.
“Sebagai projek monorel pertama di India, kami juga percaya projek ini akan membuka peluang supaya lebih banyak monorel akan dibina di India bagi memenuhi keperluan rakyat kerana India merupakan sebuah negara yang besar dengan kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata gerabak monorel berkenaan telah menjalani beberapa ujian selama dua minggu lalu dan daripada ujian yang dijalankan pihaknnya mendapati kelajuan gerabak tersebut di atas trek sangat bagys.
“Dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang kita akan memastikan intergrasi monorel tersebut bagi memastikan struktur sivilnya tidak mempunyai sebarang masalah. Kita juga akan sentiasa memperbaiki dan mengemaskini perkhidmatan sedia ada bagi memberikan yang terbaik kepada penggunan.
“Kami yakin dengan pengalaman serta kepakaran teknikal yang dimiliki kami mampu menghasilkan sistem monorel yang baik bagi memberikan keselesaan kepada penduduk di bandar raya di India pada masa hadapan,
Scomi, turut meningkatkan kerjasama dalam dan luar India, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat perunding dan kontrak utama yang berpangkalan di India, Engineering Projects (India) Ltd (EPI), bagi projek monorel di India dan luar negara.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain dan Pengerusi dan Pengarah Urusan Engineering Projects (India) Ltd, S.P.S. Bakshi, disaksikan Vilasrao Deshmukh, Menteri Industri Utama dan Perusahaan Awam India.
Mengikut perjanjian berkenaan, Scomi akan bekerjasama dengan EPI sebagai konsortium "pilihan" untuk melaksanakan projek-projek yang terlibat dalam pembinaan monorel dan Sistem Pengangkutan Aliran Berkapasiti Tinggi di India dan luar negara.
Kedua-dua pihak berharap untuk meraih faedah daripada sinergi yang akan terhasil daripada kerjasama tersebut. EPI terkenal kerana melaksanakan lebih 480 projek pelbagai disiplin di India bernilai kira-kira US$1,175.46 juta dan 30 projek bernilai lebih US$782 juta di Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Maldives, Bhutan dan Thailand
Scomi memecut pertumbuhan berterusannya sebagai salah satu pengeluar utama dunia sebagai pengangkutan inovatif terutama sekali dalam sistem-sistem Monorail dan menumpukan atas pasaran baru muncul seperti India, Brazil, Sri Lanka, Bangladesh, Thailand dan Timur Tengah di mana terdapat satu permintaan yang meningkat untuk Mass Rapid Transport Systems.
Projek Monorel Mumbai sejauh 19.54 kilometer di Mumbai India, bernilai RM1.8 juta (Rs2460 kror) dimulakan sejak November 2008. Dalam projek ini Scomi Engeering Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat konsortium Larsen & Toubro...Mstar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
4 comments:
Tahniah Scomi..Anak Pak lah
singgah sini.. :)
moga projek ni akan buka mata ng2 luar yg lain juga....
Satu lagi kepakaran anak malaysia dimata dunia!
Post a Comment