Nuffnang
Thursday, May 31, 2012
Berita Terhot : Lelaki baru kahwin ratah adik angkat umur 14 tahun hingga hamil
Gambar Hiasan Google SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.
Wednesday, May 30, 2012
Pengakuan Terhot : Ibnor Riza Mengaku Tidak Pernah Mengundi
Ibnor (paling kanan) bersama rakan artis (dari kiri) Mus (May), Amy (Search) dan Jamal Abdillah pada sidang media penyertaannya dalam Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, petang Selasa. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim menjelaskan tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya kerana tidak begitu tertarik dengan dunia politik tanah air.
Ibnor Riza, 50, berkata, selama ini dia lebih gemar menjadikan dirinya sebagai individu 'atas pagar' dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti politik di negara ini.
“Bukan saya tidak peka dengan perkembangan politik tanah air cuma saya tidak mahu ambil perhatian lebih atau jadi pengikut parti-parti tertentu.
“Apabila membabitkan soal politik, saya lebih selesa amalkan sikap 'atas pagar' dan jadi pemerhati saja. Bayangkan, selama ini saya tidak berminat melayan cerita-cerita politik sampai ke tahap saya tidak pernah keluar mengundi,” katanya.
Ibnor ditemui ketika menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Umno di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Selain itu, penyanyi Amy (Search) dan Mus (May) turut mengikut jejak yang serupa.
Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.
Ibnor yang berhasrat membuang undi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berkata, penyanyi Jamal Abdillah telah menyedarkan dia tentang kepentingan berada di bawah parti politik yang stabil seperti Umno.
“Saya tergerak hati untuk menyertai Umno selepas berbual-bual dengan Jamal kerana kami kerap bermain badminton bersama. Jamal pernah berkata golongan artis perlu bersatu untuk terus berjaya dan Umno mampu memajukan dan melindungi artis.
“Saya sertai parti atas kesedaran sendiri dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau faedah,” jelasnya sambil menafikan penyertaannya dalam parti itu kerana kepentingan kerjaya.
Mengenai perkembangan lain, penyanyi lagu Mimpi Tak Sudah ini berkata hasratnya untuk mengeluarkan album baru masih tertangguh kerana senario industri muzik yang tidak menentu pada hari ini.
“Sebenarnya saya sudah merakamkan 10 lagu baru termasuk beberapa lagu lama yang dirakamkan semula.
“Kalau diikutkan album itu sudah siap sepenuhnya tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat dipasarkan kerana kami masih mencari waktu yang sesuai memandangkan keadaan industri sedang nazak.
“Saya harap dapat pasarkan album itu pada tahun ini juga,” jelasnya yang masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian.
Berita Sikit Hot..!!! Anak Datuk Zaid Ibrahim Ditahan JAIS ?..Jom Usha
SHAH ALAM - Anak bekas pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji .
Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Berita sedih !!! Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Daripada Proton
Berita sedih bagi saya...orang lain saya tidak tahu ?
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA
P/s komen dari Abu Luqman, Datuk Seri Syed Zainal Abidin yang saya kenali
Beliau juga merupakan orang kuat di salah sebuah Masjid Negeri Selangor , Zaman Beliau juga Proton Mula membayar Zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, selepas ni diharapkan pimpinan jenerasi baru meneruskan apa yang telah dilaksanakan oeleh beliau.
Penulis pernah mengikut kursus motivasi yang disampaikan oleh beliau, memang dinamik dan teruja.
Datuk Seri Juga kalau tak kemana mana, beliau akan solat subuh berjemaah dengan mengenakan jubahnya, susah sikit la untuk GMD yang lain.. beliau juga sering mendengar kuliah di masjid kawasan beliau. semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik kepadanya , selepas beliau keluar dari Proton
Tuesday, May 29, 2012
Fulamak !!! Gaji Nazmi sebulan RM300,000? Main Bola Je tu
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. Sinar Harian
Terhot !!! Kenyataan Pemuda PAS: Mungkin Inikah Nilai Wasatiyyah Yang hendak Di Terapkan ?
PM Di perkenalkan Kumpulan U-Kiss
Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.
Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan."Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.
Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.
Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.
Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut. Malaysiakini.
Monday, May 28, 2012
Berita Terhot !!! Ibu Terkedu Melihat 2 orang Anaknya berpelukan seperti suami isteri.
Gambar Hiasan Je Ni,Cerita Betui Tau
KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.
- Metro
Berita TerHot !!! Ibu Terkedu Melihat 2 orang Anaknya berpelukan seperti suami isteri.
Gambar Hiasan Je Ni,Cerita Betui Tau
KUALA
LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya
sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan
mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur
berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian
berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi
Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya
kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak
sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas
dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang
berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si
ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes itu
diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah
umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa
ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.
- Metro
Sekadar Renungan !!! Program Hari Belia, Berapa Juta wang Rakyat di Belanjakan ?
PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma
Konsert Malam Tadi Untuk Penyanyi Tempatan Berapa wang Habis Ma?
Kemah Yang Di Pasang Berapa Wang Habis ma ?
Minta Ahli Parlimen kita, tanya di Parlimen nanti Ye. berapa juta wang rakyat habis ma ?
Sunday, May 27, 2012
Terhot...Ustaz Azhar Idrus terhangat minggu ini , disebabkan Ceramah Ustaz Di PICC , dibatalkan..
Berita Terhot Nie !!! Melampau nie !!! Pelajar Universiti Bukan Sekadar serah Tubuh Yang Gebu , Benihnya pun di jual !!!
IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.
Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.
Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.
Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.
Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.
Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.
Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.
Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.
Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.
Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu.
"Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.
Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.
Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.
Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan.
"Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.
Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak.
"Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan.
"Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.
Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.
"Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.
Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih.
"Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang.
"Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.
Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.
Derma ovum
Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.
Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.
Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.
Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.
Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.
"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.
Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma.
"Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.
"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.
Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu. Rencana KOSMO
Berita Hot Pagi. !!! Melampau nie !!! Pelajar Universiti Bukan Sekadar serah Tubuh Yang Gebu , Benihnya pun di jual !!!
IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.
Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.
Saturday, May 26, 2012
Berita Terhot.. Fulamak...Tanah Kubur Paling Mahal Di Malaysia Rega Sampai RM 20 Juta Tau..
Kawasan Kubur Jelutung Yang Padat
Isu Tanah Kubur Jelutong |
May 25, 2011 at 11:04 PM | |
Sejauh mana perkembangan status Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (SSI) mengenai isu tanah perkuburan lot12,13,14,15,16,17,18 dan 19 seluas 3.21 ekar serta lot 21 dan lot 22 .b)Siapakah pemilik tanah tersebut.c)Nyatakan jumlah pampasan mengambil tanah setiap lot.
d)Sebab apa lot 21 dan lot 22 tidak diambil mengambilan tanah.
Soalan ini dibangkitkan YB.Salleh Man (Adun Permatang Pasir) dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Semalam 25/5/12 Menurut Pengerusi Masjid Jelutung, Tuan Hj Mohamad Yusoff , Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membayar setengah dari 3 ekar tanah yang ditawarkan , tanah tersebut yang bernilai RM 20 juta, sebahagian lagi akan diselesaikan segera.. Taniah diucapkan kepada Pas , Keadilan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dapat menyelesaikan kes ini. Syukran
Untuk Makluman penulis sendiri telah meninjau kawasan tersebut pada bulan lepas.
Di sunting oleh ..http://www.kachipemas.blogspot.com/
Dibawah ini sedutan dari kata kata mahupun ungkapan dari AKhbar dan Blogger B_EN sebelum ini...
Anak_Nogori posted at 22-12-2010 11:33
Tanah kubur: Exco kera 'melompat'[i=s] Post Last Edit by Anak_Nogori at 22-12-2010 11:34 [/i]Oleh ZABRY MOHAMAD [url=mailto:zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my]zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my[/url] PULAU PINANG 21 Dis. - Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim melenting apabila didakwa tidak mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negeri ini. Yang Dipertua PKIM, Aminah Abdullah berkata, Exco tersebut ternyata tidak senang dengan soalan-soalan yang dibangkitkan olehnya mengenai perkara itu termasuk isu tanah kubur.
Anak_Nogori posted at 22-12-2010 11:40
Guan Eng pengecut, enggan bincang isu kuburBUTTERWORTH 21 Dis. - Forum Penyelarasan Umat (Forum) menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana enggan bertemu mereka berhubung isu tanah kubur. Timbalan Pengerusi Forum, Mohamed Hafiz Nordin berkata, biarpun beberapa pertemuan dirancang, Setiausaha Agung DAP itu bagaikan tidak mahu melayan kehendak mereka.
ketum posted at 22-12-2010 13:07
Guan Eng didakwa bohongBUTTERWORTH - Keengganan Ketua Menteri Lim Guan Eng berjumpa dengan satu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu tanah kubur di Jelutong dengan memberikan alasan kumpulan itu tidak membuat temu janji membuktikan beliau seorang pembohong. Timbalan Pengerusi Forum Penyelarasan Ummah Pulau Pinang (Forum), Mohd Hafiz Nordin yang mendakwa demikian berkata, sudah tiga kali surat permohonan untuk temu janji dihantar pihak berkenaan ke pejabatnya namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Usaha besarkan pusara Masjid Jamek Jelutong gagal Akhbar BH
Utara: Tanah kubur jadi tapak rumah
|
Pemecah Berita Hot !!! Setakat Bakar Baju Bersih Tak luntur Semangat Kami Wahai PERKASA..!!! Walau pun setitik
PERKASA bakar baju BERSIH di P Pinang
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah insaf.
Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.
Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.
Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.
Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".
Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti "samseng" kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu. Sisunting oleh...Abuluqmans www.kachipemas.blogspot.com dari Malaysaikini
Di sunti
Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.
Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.
Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.
Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".
Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti "samseng" kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu. Sisunting oleh...Abuluqmans www.kachipemas.blogspot.com dari Malaysaikini
Di sunti
Friday, May 25, 2012
Oh My God !! baru tahu !! mamat Shahrul ini , lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010
Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010..hansome juga ye
Shahrul Nasrun, CEO red Carpet
Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.
"Dia ni dajjal, mempertahankan orang murtad, LGBT (lesbians, gays, bisexuals and transgenders)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.
Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.
Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.
(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)
Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Program yang dibuat pada tahun 2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.
Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.
Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.
Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.
Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu. Harakahdailly..
Program yang dibuat pada tahun 2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.
Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.
Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.
Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.
Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu. Harakahdailly..
Pemecah Berita Terhot... Siapa Taiko Budaya samseng ? sendiri mau tau..
Samseng Pro BN ditangkap ketika ganggu ulang Tahun Pakatan rakyat Selangor
Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau
Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur
100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Ulasan isu budaya PR bukan nak cari gadoh..kita mahukan keamanan, tetapi mereka ini telah dirasuk oleh seseorang mereka supaya menggangu serta mengugut serta menakutkan. inilah dinamakan budaya gangster..siapa taikonya...sendiri mau tau !!!!!!! Sedutan dari Malsikini yang lepas dan blogger ..tersohor..
Thursday, May 24, 2012
Fulamak...Tabik Spring !! Bukan Olok Olok ..Boleh ka pemimpin kite tiru.karektor Pemimpin PR.nie ???.
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu Tuan Guru . duduk ditepi pantai..syukran..beliau dapat selamatkan mangsa walaupun beliau kita ketahui tak berapa sihat..
Fuyooo. Terhot .Tokey Ikan Offer BMW dan Lamborghini..sesiapa nak ?
BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini
Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.
Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.
Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.
Wednesday, May 23, 2012
Terhot Berita Malam..Kerana Cinta Cyber..Ibu Tunggal Hilang 5 Juta..Jom Terjah tau...!!!!!
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata sejak 2010, wanita berusia 63 tahun itu yang datang daripada keluarga berada, sanggup menjual banglonya di Bangsar di sini, dengan nilai RM3.5 juta manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudaranya untuk diberi kepada lelaki itu.
"Polis telah menjejaki sindiket itu sejak anak wanita itu membuat laporan polis pada September tahun lepas, manakala ibu tunggal itu enggan bekerjasama kerana yakin terhadap cintanya itu sungguhpun siasatan mendapati 'jeneral' itu sebenarnya tidak wujud," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Izany berkata hasil intipan sejak lapan bulan lalu, polis menahan 15 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun, yang menjadi pemilik akaun bank untuk transaksi wang mangsa, masing-masing pada Isnin dan semalam, di sekitar Kota Damansara, Subang Jaya dan ibu negara.
Siasatan polis mendapati kesemua 15 warga Nigeria itu, berusia antara 25 dan 30 tahun, adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan kes penipuan internet mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata Izany.
Beliau berkata wanita tempatan itu pula bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan pihaknya mendapati wanita itu adalah kekasih seorang daripada anggota sindiket yang ditahan.
Katanya wanita itu menjadi keldai akaun kepada sindiket berkenaan dengan menggunakan namanya untuk mendaftarkan dua syarikat tempatan serta membuka lima akaun bank di sini.
"Kesemua wang mangsa dimasukkan ke dalam akaun wanita itu dan wang mangsa berjumlah RM5 juta dipindahkan terus ke Nigeria. Transaksi terakhir dibuat wanita itu pada pagi Isnin di sebuah bank di sini bernilai RM50,000," katanya.
Izany berkata dalam serbuan yang diketuai Inspektor Mohd Mahathir Abdullah Sapawi itu, 11 buku akaun pelbagai bank, sembilan kad ATM, tiga modem, 14 komputer riba dan 20 telefon bimbit dirampas. - BERNAMA
Berita Terhot Pagi Nie..Panas Panas.. Kerajaan DAP P.Pinang Anti Islam ? Ye Ke !!! Jom Usar
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar
dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum
pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum
2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan
Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang
direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada
pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada
pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA
ISLAM
Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00
5. SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH
MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun
bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya tidak pasti sama ada berita ini
mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan.
Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi
gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh
DAP.
rencana Dari sahabat Kuda Ranggi..
Nota : Bukan nak bodek , penulis dok di Penang kita tau, apa yang berlaku, malah Abu Luqman pun pernah terima bantuan RM 300, bumbung kena ribut tahun 2009.. dan banyak lagi perkara akan di seritakan di blog ini..tungguuuuuu..... kita buat keja je..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...