Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, June 30, 2012

Sah Pru 13 : Tahun depan kut ?, PM nak guna Mandat sampai lima tahun


PM: BN berhasrat guna sepenuh mandat lima tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

Fuyooo !!! kejam : Kerani bank rentung dibakar depan rumah


Gambar Hiasan

Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di ibunegara Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai P Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada jam 10.15 malam.

"Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar," katanya kepada Bernama.

Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja.

"Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu," katanya.

- Bernama

Sah dan Terbukti !!! Khir Toyo sah tidak bertanding dalam PRU13


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

- Bernama

kalau  aku pun kalau rasa tak leh menang lebih baik ..jangan bertannding..blogger sekaran berada di Bandung Indonesia ..ada tugasan kerja...

Terkini..Pelakon Hairie Othman masuk PAS

Pelakon terkenal Hairie Othman akan menyertai PAS dan akan menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada mursyidul am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat esok, kata Pemuda PAS Johor.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan borang oleh hero filem Leftenan Adnan itu akan diadakan di Kempas, Johor Bahru dalam Himpunan Hijau PAS peringkat negeri.

"Pemuda PAS Johor mengharapkan kehadiran Sdr Hairie ke bumi Kempas akan membuka cahaya kepada artis-artis yang lahir atau dibesarkan atau mempunyai keluarga di bumi Kempas dan sekitarnya untuk bersama dengan perjuangan Islam PAS," katanya.

Menurut Suhaizan, bumi Kempas dan sekitarnya menyaksikan kelahiran banyak artis popular seperti pelawak Azli Senario, pemuzik Man Kidal, pengacara Linda Onn dan pelakon Faizal Hussin.

Sementara itu, menurut Suhaizan, Himpunan Hijau peringkat negeri Johor akan diisi dengan program ceramah serta jamuan bersama Nik Aziz dan masyarakat bukan Melayu.

Kebanyakan pimpinan tertinggi parti itu dijadual hadir. Jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10,000 orang termasuk anak muda.

"Kahadiran Sdr Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini," katanya.Malaysiakini

Thursday, June 28, 2012

Biar Betui Cepatnya; SPRM siasat Rafizi isu PM campur tangan tender


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini.

Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.

Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012.

Berita sensasi !!! Penang Terpanas Minggu Ini [ gambar ] : Kes Khutbah Jumaat dan Himpunan Hijau

Inilah Masjid yang Panas 

     

Ustaz Abu Bakar Baikalani, Dan J/k Qaryah buat laporan Polis...
ada lagi cerita tau..

Wednesday, June 27, 2012

Perrghhh!!! Macam nak pitam Amano / BN tengok gambar nie...hampa pun janganlah mai ramai 2..hehe

Ini yang tak tahan..Banner bergerak pakai lori


Konvoi anak muda dari seberang Jaya ke Bagan, Bworth. 1000 biji motosikal

sebahagian peserta yang sampai


Abang Badut ,pun ikut serta..jual belon di malam himpunan hijau Penang.
Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

Terima kasih kepada sahabat Lie GJ yang kirim gambar dari Fb ..dan blogger sendiri yang ke sana..kalau momentum macam ni..insyaallah Penang PAS boleh tambah dua kerusi lagi jadi 3 kut..PAS for all kena buat keja kuat la...Haria  Penang  Haria...

Tuesday, June 26, 2012

Fulamak !!! kalau macam nie .kompom UMNO/BN Penang gigit Jari lagi la....hampir 15,000 orang hadir di Hijau Penang


 Terkejut orang Bagan : Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth

  Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth

Tiada Ruang Kosong di tengah

Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

 Malam tadi ..Butterworth dipenuhi oleh Ramai Golongan Muda



Sempat Lagi Bro Kita Membeli Belah 

Gambar Bukan Melayu Pun Mai Himpunan HIjau , PAS

malam tadi 24/6/12 aku kesempatan..ke dataran dewan bandaran Buterworth..anggaran kehadiran adalah  seramai hampir 15,000 orang hadir ke Himpunan hijau negeri Pulau Pinang..terima kasih kepada pegawai polis kerana tiada sekatan jalan raya. 
Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

Monday, June 25, 2012

Fulamak !!! Pasangan [ ular ] Asyik Berasmara Dalam Semak Tak Sedar Aksi Mereka Dirakam.Jom Tengok !!!

Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi mereka. Kejadian ini berlaku entah kat mana tau. Tapi kat Malaysia juga. Punyalah besar saiznya. Dari perbualan mereka dalam video ini, penulis rasenya di J.B.


Gambar diatas tidak ada kena mengena dengan N3 ini. Cik abang ini adalah anggota yang sedang membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Terima Kasih Capt Bukhari..


Sunday, June 24, 2012

Fulamak !!! Kena Sebiji : 'Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya' Datuk Mustafa


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini. 

"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.

"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."

Saturday, June 23, 2012

Kejutan Berita : Betuika nie !!! Cikgu Normala nafi Masuk UMNO



Setelah selidik didapati ada blogger fitnah cikgu Normala....


Fitnah melalui blog Penaksj.wordpress.com yang itu bertajuk "PAS Johor punca Cikgu Normala berniat serah keahlian masuk Umno" disebarkan bermula kelmarin.
Tulisan tersebut mendakwa Cikgu Mala mempunyai masalah kewangan selepas tewas pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 2010.





Friday, June 22, 2012

Fulamak!!! Berita Terhot Di Blog : [ Gambar Eksklusif ] Himpunan Artis Masuk PAS & PKR apa kata mereka


Hairie  Othman


"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Hairie Othman


Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini. 
Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

Thursday, June 21, 2012

Teguran Panas :Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan [ kalau sengaja memilih tarikh tersebut ]


Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Dahsyat dan Kejam !!! Seksa Wanita hamil dengan Pistol elektrik



Harian Metro
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

Banyak ke, Kes Jenayah di Selangor Ni ? KDN Tarik Balik Data Jenayah Selangor.

Kementerian tarik balik data jenayah S'gor


Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.

Pua (bawah) semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.

NONEBeliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.

Terkini Hot @ Panas, Nie : Tan Sri Isa Samad tidak dilantik dalam dalam AGM ,KPF



Anngota Polis berkawal di Pintu Masuk dewan

Kemaskini 4.30 Petang

Polis Berkawal Mesyuarat AGM, Isa samad tak hadir

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.

Wednesday, June 20, 2012

Keputusan Mahkamah !!! Panas [ Hot ] : Tan Sri Isa Samad Kena Beku Sementara Ahli dan Pengerusi KPF.?



Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir,"

Tuesday, June 19, 2012

Video Terpanas [ OVER HEATED ] : Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi, Mesti tonton..2.5 JUTA..VIEW

Dikhabarkan Kemalangan pada hari jumaat lepas kereta Camry yang dibawa oleh mangsa dengan kelajuan 200 km/h ketika itu tiba-tiba "drift" sebelum berpusing berkali-kali menyebabkan 4 orang yang berada di dalamnya meninggal di tempat kejadian. Siap ada badan terhuman setinggi 10 kaki dan kaki tercabut!
Al-Fatihah... Saksikan Video Tersebut !!
                       




Jom Tengok...

Terpanas Nie !!! Khas Buat Ustaz : Abby Abadi tunggu lamaran dari ustaz ?


Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz

TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.


Terhot : Gosip Nazmi Faiz seorang Playboy ? Betul ke, Jom Baca



Malas nak layan gosip


MESRA... Nazmi bersama seorang remaja ‘Tengku F’ yang dikatakan kekasihnya.

KUALA LUMPUR: “Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy.

“Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.

Sunday, June 17, 2012

Terhot : ( hot ) Malam Ni ada orang tidur tak lena..Sepina dari Mahkamah Perancis telah di hantar


Malam kutipan dana 'Projek Ops Scorpene '

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda


Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

Terhot : ( hot ) Malam Ni ada orang tidur tak lena..Sepina dari Mahkamah Perancis telah di hantar Ke Malaysia



Malam kutipan dana 'Projek Ops Scorpene '

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda

Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu
sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

Hazlan Zakaria
12:48PM Jun 16 2012.Malaysiakini

________________________________________________________________________________


Selamat Menyambut Dan Mengingati Peristiwa Israq Dan Mikraj..serta Selamat Berpuasa di Bilan Rejab,Shaaban

Saturday, June 16, 2012

Terbaik Buat Nizar : Nizar tidak perlu layan isu plat kereta..Buat Kerja untuk PRU 13 je



Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.
Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.

Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.

Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.

Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.

Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.

Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.

Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.

Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.

Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Fulamak..Betui Ka . Mangga Harumanis harga sampai RM12.50 sebiji di Singapura ? jom baca



MEMPELAM Harumanis mula mendapat perhatian penduduk
Singapura kerana rasanya yang manis dan enak.

Harumanis RM12.50 sebiji di Singapura



ARAU - Keenakan Raja Mempelam, Harumanis bukan hanya digemari oleh rakyat Malaysia malah mendapat permintaan tinggi di Singapura apabila dijual pada harga RM12.50 sebiji.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, sambutan memberangsangkan itu diterima pihaknya ketika mengadakan promosi buah berkenaan di republik itu bulan lalu.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Perlis dijangka mengeksport tiga tan metrik buah itu ke sana tahun depan.

"Penduduk Singapura amat menyukai kemanisan dan keenakan mempelam Harumanis. "Walaupun ia dijual pada harga S$5 sebiji atau RM12.50, mereka tiada masalah untuk membelinya," katanya di sini semalam.



Penulis Pernah menanm pokok mangga jenis harummanis ini, memang sedap tau, pokok ini sudah mati kerana kawasan rumah saya ditenggelami bannjir air laut pada ketika itu. Tahun lepas saya ke Perlis mencari buah mangga ini sekilo RM 8.00 di sana..dalam 3 biji kalau besar, memang sedap dan manis

Mat Sabu: Kenapa Rahsiakan PRU, siapa nak tanggung dosa ibadah haji ?



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab atas dosa umat Islam yang mahu menunaikan fardu haji sekiranya jika benar pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

Mohamad berkata, tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki menimbulkan keresahan umat Islam keseluruhannya yang mahu melakukan persediaan untuk mengerjakan haji.

"Teka-teki ini menyebabkan orang yang hendak menunaikan haji, mungkin tangguh atau tidak. Mungkin yang dapat tahun ini akan tangguh. Najiblah, akan memikul dosa ini semua.

"Jadi perdana menteri bertanggungjawab di atas dosa orang-orang Islam yang hendak menunaikan haji, tetapi menjadi teka teki dan persediaan dan sebagainya, kegelisahan kaum keluarga dan seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.



Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian Radio Bangsar Utama (RABU) di Kuala Lumpur malam tadi.

'Mengurus negara lebih penting'

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque bertanya tentang kontroversi gesaan PAS meminta anggotanya yang terlibat langsung menangguhkan haji ekoran tarikh pilihan raya masih menjadi teka teki.

Mohamad yamg lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, "mengurus negara" melalui penglibatan dalam pilihan raya lebih penting daripada mengerjakan haji kerana ia boleh ditangguh.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor meminta ahli PAS - khususnya calon, wakil calon atau agen parti - supaya menangguh ibadah itu jika pilihan raya berlangsung antara September hingga Oktober.

Mohamad juga mencabar Najib yang juga presiden Umno supaya mengumumkan tarikh pilihan raya umum sekarang jika tidak mahu menanggung dosa, sekalipun berkuasa mengadakannya pada masa lain.


"Perdana menteri tak takutkah memikul dosa ini? Jadi beliau mesti membuat penjelasan bila pilihan raya itu, supaya orang Islam yang hendak menunaikan haji, atau tahun ini (mereka yang) mendapat gilirannya, boleh bersedia bagi menunaikan fardu haji.

"Saya cabar (Najib) tentukan (tarikhnya). Kalau tidak, kamu memikul dosa umat Islam.

"Saya tak tahulah, kamu sekarang tak ada dosa, tapi nak memikul dosa lebih besar ini, sudah tentu lebih berat," katanya sinis.

Friday, June 15, 2012

Berita Panas Telinga : Kunjungan Singkat PM Ke Luar Negara , kos hampir RM 3 juta..




Parlimen : Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta.

Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.

Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.

Fulamak !!!! Peristiwa Pelik Tapi Benar ( Gambar )



Pelik ye.basikal tak remuk , mesti basikal ni mahal..mungkin RM 30,000

Wednesday, June 13, 2012

Terkini ,Terkeliru : Majlis Fatwa Tidak Pernah Keluar Fatwa Bersih 3.0 Haram : Dr Mashitah



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahimse baliknya menjelaskan bahawa ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan nasihat mengenai perhimpunan berkenaan.

"Fatwa mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tidak pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Sebaliknya ia merupakan nasihat daripada ahli-ahli muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Selain itu Mashitah berkata perkara itu telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media.

Baru-baru ini Majlis Fakwa Kebangsaan dilaporkan mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai haram selepas memandang serius terhadap tindakan sebahagian masyarakat termasuk umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti yang berlaku dalamdemonstrasi Bersih 3.0 hingga membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

Bagaimanapun pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan itu ditolak khususnya oleh pembangkang kerana didakwa mengeluarkan fatwa yang berpihak kepada sebelah pihak.

Bagaimanapun Mashitah menjelaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk kepentingan politik melainkan kepentingan Islam.

"Perlu saya jelaskan bahawa ahli-ahli muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja.

"Justeru mereka tiada kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh yang demikian nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun organisasi," katanya. Mstar

Perghhhhhhh Remaja Tewas Bisikan Nafsu , sampai tergamak pukul ibu kerana nak buat maksiat



KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Tuesday, June 12, 2012

Panas!! Panas!! Isu Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta



Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta


KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.

Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.

Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.

Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.

Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.

Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif. harakahdaily

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung