Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk
di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala
Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada
seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya
dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari
Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan
berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.
Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang'
dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya
rebah serta terbaring kesakitan.
Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya
ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang
membonceng motosikal rakannya.
"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke
Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang
melekat di kepalanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





KUALA LUMPUR: Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu, digantung persekolahan serta merta, lapor Bernama.



Anwar ketika menyampaikan pidatonya di Dewan Dataran Tunku Canselor sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM



Foto beberapa lelaki memijak bendera Johor yang kini sedang tersebar luas di laman sosial







