Nuffnang

Sunday, June 7, 2015

Perghhh ?. Bakal Pengantin Rugi RM 4000 Ditipu Lelaki..



SEGAMAT - Seorang gadis mengalami kerugian RM4,000 selepas dikelentong oleh seorang lelaki yang menawarkan pakej katering berharga RM11,000.

Norfarahim Aziz, 25, yang bakal mendirikan masjid pada September 2015 mengakui mengenali lelaki itu melalui kenalannya yang sebelum ini pernah menggunakan khidmat syarikat lelaki itu yang berpangkalan di Batu Pahat.

Norfarahim dilaporkan tertarik dengan pakej katering RM11,000 kerana dianggap murah.

Dalam pakej tersebut, disediakan hidangan untuk 1,000 tetamu, 4 khemah dan 3 menu utama serta beberapa menu sampingan.

"Kali pertama bertemu dengan lelaki itu, saya diminat membayar wang deposit RM1,000 pada 26 Disember 2014 setelah saya bersetuju untuk mengambil pakej tersebut.

"Beberapa minggu kemudian, lelaki terbabit menghubungi saya dan meminta bayaran RM5,000 dengan alasan mahu menutup akaun bagi tahun 2014," katanya.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke akaun lelaki itu pada 5 Januari sebelum dia menghilangkan diri secara tiba-tiba dan sehingga kini gagal dikesan.

Menyedari diri ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Segama pada 5 April lalu sebelm mengemukakan laporan itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Segamat.

"Selepas membuat laporan di PPDNKK, saya dimaklumkan bahawa lelaki itu juga telah melakukan penipuan yang sama terhadap beberapa lagi mangsanya yang melibatkan jumlah kerugian yang lebih besar berbanding saya.

"Saya berharap, tiada lagi mangsa yang tertipu dengan lelaki ini. Sekarang saya terpaksa mencari khidmat katering lain untuk menguruskan majlis perkahwinan saya," katanya. -THEHYPEMEDIA.COM

1 comment:

Anonymous said...

Ape nama caterernya, syarikatnya, siapa orangnya yang menipu tu?
Kalau tak bagi nama, macam mana nak lindungi orang lain supaya tak tertipu .

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung