HUNAN - CHINA. Jari serta kemaluan seorang kanak-kanak dipotong oleh seorang wanita kerana kanak-kanak itu membuat bising sehingga menggangu tidurnya.
Semasa kejadian, suspek Liu Tao sedang tidur di bilik yang disewa sepupunya di wilayah Shaodong, Hunan di mana mangsa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang dikenali sebagai Xiaoming tinggal bersebelahan bermain-main di biliknya.
Dek kerana terganggu dengan bunyi bising, Liu pada mulanya menghalau kanak-kanak itu keluar, namun dia kembali semula bermain di bilik wanita itu.
Berang kerana amarannya tidak diendahkan, wanita itu kemudiannya mengambil pisau dan gunting di dapur kediaman itu dan kemudian mengelar serta memotong tangan, muka dan kemaluan kanak-kanak malang itu.
Lui bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan oleh pihak polis di kampung halamannya.
Menurut bapa Xiaoming, Zhou, anak lelakinya itu hilang beberapa jari dan alat sulitnya turut terputus.
"Polis menyoal siasat wanita itu dan bertanya dimana dia meletakkan alat sulit anaknya itu untuk disambung semula, namun suspek tidak mendedahkannya," katanya dipetik Mirror.uk
Zhou berkata, alat sulit anaknya itu disembunyikan di dalam pasu dan kemudian dihantar ke hospital dimana kanak-kanak itu dirawat.
Xiaoming kini menerima rawatan di Hospital Xiangya di wilayah Changsa dan mengalami kecederaan yang agak serius.
Doktor berkata, jari serta alat sulitnya yang putus mungkin tidak dapat disambung semula kerana terpisah dalam tempoh yang lama.
Wanita itu mungkin akan dihukum penjara lebih 10 tahun dan namun hukumannya mungkin diringankan jika dia disahkan mengidap penyakit mental
.